Oleh Isham Jalil
Saya baru lihat ucapan Perdana Menteri berkenaan wabak virus COVID-19 sebentar tadi.
Izinkan saya komen sedikit untuk kebaikan bersama:
Saya berpendapat Perdana Menteri dan kerajaan perlu kuat kuasa perintah kawalan pergerakan ini dengan lebih tegas supaya rakyat meminimumkan pergerakan, dan tidak hanya meminta tolong dan merayu supaya rakyat berbuat demikian.
Krisis ini adalah krisis keselamatan dan kesihatan rakyat paling serius dan berbahaya dalam sejarah Malaysia.
Mengikut Organisasi Kesihatan Sedunia WHO, trajektori penularan virus COVID-19 di Malaysia kini adalah seakan bersamaan dengan yang berlaku di Itali tiga minggu lepas iaitu jumlah jangkitan berganda setiap tiga hari.
Setiap hari yang berlalu dalam tempoh 14 hari ini adalah penting.
Oleh itu tindakan dan penguatkuasaan yang lebih tegas daripada kerajaan adalah perlu dan mempunyai justifikasi yang jelas kerana risiko kehilangan nyawa rakyat yang tinggi jika tindakan segera dan tuntas tidak dibuat.
Ini bukan soal politik. Ia adalah soal keselamatan awam.
Sekian.
18 Mac 2020
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/677555756333285/?d=n