ZIKIR DAN QASIDAH SAMBIL MENARI

278
SHARES
609
VIEWS

Baru-baru ini tular di media sosial video mengenai beberapa orang umat Islam menari-nari, sambil melafas bait-bait zikir yang biasa kita umat Islam Nusantara lakukan ketika mengadakan majlis kenduri. Juga dalam beberapa majlis-majlis khas zikir yang diawasi oleh guru mursyid yang mengajar kaedah zikir tersebut.

2. Kesan dari tularan video, timbul berbagai persepsi yang kebanyakan negatif dari mereka yang tidak ketahuan sama ada amalan ini adalah sebahagian amalan dalam Islam? Timbul juga berbagai persoalan seperti: Adakah ada dalil perbuatan ini, apakah ia menjadi amalan apabila Rasulullah SAW tidak melarangnya dan berbagai lagi.

3. Tanpa perlu pergi lebih jauh, secara logiknya zikir itu ternyata tiada unsur pemujaan kepada berhala dalam lirik qasidah tersebut. Maksudnya bait-bait yang dilafaz adalah memuji Allah dan Rasul-NYA. Bukannya memuji iblis atau syaitan, atau menyebut nama si polan dan si polan serta memujinya hingga melampau mengatasi puji-pujian kepada Allah dan Rasul.

4. Kemudian ketika ia dilakukan tidak ada dan tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam tarian tersebut. Jika ada berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan seperti yang diamalkan oleh sesetengah ajaran sesat maka ia jelas HARAM.

5. Merujuk kepada video yang tular itu ternyata gerakan tarian yang dilakukan dalam keadaan gerakan yang sopan dan mengikut rentak pukulan gendang, bukannya seperti di kelab malam yang gerakan tariannya merapu mengikut khayalan penari yang biasanya bersama pasangan dengan melakukan aksi-aksi lucah dan menjolok mata. Ini haram juga.

6. Ringkasnya, jelas tiada perlanggaran terhadap syariat dalam majlis tersebut. Dan satu lagi, merujuk kepada video terbaru yang tular di media sosial, bukannya video tarian lain yang dilakukan oleh kumpulan tariqat tertentu yang telah difatwakan haram oleh JAKIM, adalah difahamkan bahawa gerak tari itu adalah BUDAYA BANGSA tersebut sama seperti di negara kita ada tarian Zapin dan sebagainya.

7. Justeru, memandai satu dalil mencukupi, iaitu Rasulullah SAW tidak menegah orang Habsyah ketika mereka menari dan mendendangkan qasidah di dalam Masjid Nabawi. Bahkan, Umm al-Mu’minīn Saidatina A’isyah turut serta menyaksikan tarian tersebut.

8. Jika ‘menari’ itu batil, Rasulullah SAW adalah orang pertama yang akan menentang perkara itu. Dan bagi kami di MUAFAKAT: Berzikir sambal menari tidak salah dan Sheikh Jalaluddin al-Rumi juga ada mengamalkannya.

9. Bagi MUAFAKAT, perbuatan atau perlakuan berzikir atau berqasidah sambil menari kerana kegembiraan meraikan sesuatu majlis tidak salah, tambah lagi jika bait-bait di dalamnya penuh dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Wallahualam.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts