SELAGI ADA PAKATAN HARAPAN SELAGI ITULAH AKAN ADANYA ‘GANGGUAN’

1.3k
SHARES
4.2k
VIEWS

Pakatan Harapan sememangnya pakar membangkang, apa sahaja akan dibangkangnya walaupun ia baik sekalipun.

Sebaik contoh sistem cukai GST yang telus dan terbaik di dunia ketika ini sehingga lebih 170 buah negara melaksanakannya termasuk negara jiran Singapura yang menjadi ‘kiblat’ sesetengah pemimpin Pakatan Harapan, telahpun melaksanakan GST sejak tahun 1994.

Hasil daripada bangkangan melulu Pakatan Harapan, Malaysia menjadi negara pertama yang menghapuskan GST dan menggantikan semula dengan sistem cukai lapuk yang tidak telus iaitu SST. Sistem cukai GST yang bertahun dikaji dan disemak sebelum dilaksanakan, sekelip mata ditamatkan dan malangnya bukan diganti dengan sistem yang lebih baik.

Sama juga seperti kamera AES yang dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang tetapi dibangkang dengan bersungguh-sungguh sehinggalah kerajaan tumbang tetapi tidak pula dihapuskan oleh mereka malah ditambah.

Sama seperti konsesi tol, bukan sahaja dibangkang sehingga berguling-guling membuat demonstrasi di jalan raya tetapi rupa-rupanya hanya hipokrasi, yang tidak ditamatkan tetapi dipanjangkan tempohnya dengan berselindung di bawah diskaun 18 peratus.

Itulah Pakatan Harapan yang bijak memainkan sentimen dengan mengapi-apikan rakyat dengan isu-isu yang sepatutnya baik untuk rakyat dan negara tetapi dek kerana buta tuli menyokong yang tidak berlandaskan fakta membuatkan mereka beroleh kejayaan di Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

Apabila menang mereka seolah-olah hilang punca dan tidak keruan, membuat tindakan yang kurang bijak sehingga menimbulkan masalah di pihak mereka sendiri sepanjang masa, krisis kepimpinan Perdana Menteri yang kemaruk kuasa tidak mahu menyerahkan tampuk pimpinan kepada individu yang dijanjikan, termasuk para menteri dan pemimpin mereka yang seperti tidak cukup akal dengan menimbulkan isu-isu bodoh sepanjang masa.

Mungkin inilah balasan bagi mereka yang naik memerintah dengan penipuan dan fitnah, apabila seperti dibodoh-bodohkan dan tidak boleh berfikiran waras, sehingga apa sahaja yang mereka lakukan tidak akan terlepas dari kritikan rakyat yang mula membuka mata melihat kebodohan mereka, lebih malang apabila penyokong-penyokong mereka sendiri mula mempertikai dan mencemuh tindakan mereka.

Mereka yang dahulu tegar menyokong Pakatan Harapan, kini belum tentu lagi akan meneruskan sokongan terhadap mereka apabila banyak perkara terdedah, banyak perkara yang dilakukan Pakatan Harapan tidak sama dengan apa yang mereka janjikan, malah lebih teruk mereka seperti menghukum rakyat sedangkan yang terhukum itu termasuklah penyokong-penyokong mereka sendiri.

Kini setelah tumbang dan kembali menjadi pembangkang, mereka meneruskan tradisi membangkang apa sahaja termasuk lantikan Perdana Menteri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang melalui proses rumit dan ketat dalam memastikan siapa yang pada hemat Baginda mempunyai majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat.

Kemudian apa sahaja pakej rangsangan dan tindakan Perdana Menteri dalam menguruskan bencana wabak Covid-19 yang melanda satu dunia dikecam dan dibangkang satu persatu, ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka walaupun ia bertujuan untuk membantu rakyat dan negara yang terkesan teruk dengan wabak tersebut.

Sedangkan dalam pengurusan bencana yang kritikal dan belum pernah dihadapi seperti ini sepatutnya Pakatan Harapan berjiwa besar dengan mengenepikan perbezaan dan pandangan politik masing-masing, dengan turun padang membantu rakyat dan negara bersama-sama tetapi seperti biasa mereka hanya menanti peluang untuk mendapat mileage politik yang boleh menguntungkan mereka.

Ini akan merencatkan usaha kerajaan sekiranya mereka berterusan membangkang tidak berpenghujung sedangkan apa yang dibangkangnya itu baik untuk menyara dan membantu rakyat serta bagi memulihkan negara. 

Sampai bila-bila kita tidak akan faham kenapakah Pakatan Harapan bertindak sebegini, tidak mengira masa dan tempat, tidak kira dalam keadaan getir ataupun tenang, ketika wabak ataupun tidak, mereka akan berterusan bertindak mencari peluang sepanjang masa.

Itulah Pakatan Harapan, yang mana selagi mereka ada selagi itulah politik di Malaysia tidak akan tenang, akan sentiasa berkecamuk, sentiasa tidak stabil, kerana ini sifat semula jadi Pakatan Harapan.

Namun apa yang rakyat perlu tahu, tidak kira sama ada penyokong tegar, penyokong yang telah insaf dan tidak lagi menyokong Pakatan Harapan ataupun mereka yang memang dari dahulu tidak pernah menyokong mereka, hakikatnya Pakatan Harapan ini hanyalah bijak berkata-kata tetapi tidak pandai merealisasikannya.

Mereka hanya pandai berjanji tetapi bukan sahaja tidak menepatinya tetapi tidak tahupun kaedah untuk melaksanakannya sehinggakan apapun tidak menjadi. 

Lebih buruk mereka bertindak seperti peniaga, menjual apa sahaja aset dan pelaburan milik kerajaan yang tentunya suatu ketika kelak akan habis dan menemui penghujungnya. Ditambah dengan ketiadaan perolehan melalui GST, tentunya ketika itu Pakatan Harapan akan menjerumuskan negara ke dalam kegawatan ekonomi yang akan dicipta sendiri oleh mereka hasil dari kebodohan memerintah. 

Rakyat yang masih di tengah pagar, ragu-ragu tidak tahu ingin menyokong dan mengundi Pakatan Harapan ataupun tidak, tidak perlupun membuang masa mengkaji sedalam-dalamnya, cukup dengan melihat selama 22 bulan mereka memerintah, apakah sumbangan yang mereka lakukan untuk rakyat, bukankah berlaku lebih banyak kes penghinaan agama dan kaum, bukankah keadilan bukan sahaja tidak dijunjung tinggi malah mereka sendiri yang mencemarkannya dengan membelakangkan prinsip undang-undang.

Bukankah mereka sendiri terjebak dengan pelbagai isu tetapi dilepaskan oleh mahkamah apabila lantikan politik mereka membantu melepaskan ramai pihak dan individu yang telahpun sabit dengan kesalahan tetapi tidak melalui pendakwaan sewajarnya.

Prinsip kedaulatan ini sifatnya ‘buta’ kerana tidak mengenal kaya ataupun miskin, kepartian ataupun suku kaum, yang salah perlu dihukum tidak kira sama ada kroni, keluarga ataupun parti sendiri.

Namun tidak diamalkan di dalam Pakatan Harapan apabila mengambil peluang selama 22 bulan berkuasa dengan melepaskan semua rakan-rakan politik mereka, sedangkan sepatutnya dibicarakan dengan adil di mahkamah dan terpulang kepada budi bicara mahkamah kelak dalam menentukan sabitan kesalahan mereka ataupun tidak.

Justeru, semua sudahpun melihat sama ada ketika menjadi pembangkang ataupun menjadi kerajaan dalam 22 bulan, apa ‘keupayaan’ Pakatan Harapan yang berterusan memainkan isu “playing as a victim” sedangkan merekalah pencetus pelbagai masalah utama di negara ini.

Tanpa mereka nescaya negara akan lebih aman. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts