ISU JATA NEGARA: RAKYAT TOLAK PERMOHONAN MAAF KAMU!

490
SHARES
2.9k
VIEWS

Maaf tidak diterima dan saya yakin rata-rata rakyat Malaysia tidak menerima maaf tersebut sehinggalah semua pihak yang terbabit dihukum.

Kita seru pihak polis siasat sedalam-dalamnya dan ambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pendakwaan perlu dilakukan segera dan hukuman yang setimpal mesti dikenakan bagi mengelak perkara ini dipandang ringan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya golongan subversif supaya tidak berulang lagi.

Sebenarnya, bukan sahaja penerbit tetapi penulis harus dikenakan tindakan kerana bagi saya mereka juga turut bersubahat dalam perbuatan mempermainkan maruah negara. Jangan biarkan seorangpun terlepas, cari sampai ke lubang cacing sekalipun. Ini bukannya pertama kali penghinaan dan persendaan terhadap lambang negara.

Jika tindakan yang tidak tegas diambil, pasti negara akan dilihat sebagai tiada kewibawaan dan lemah jati dirinya lebih-lebih lagi buku ini sudah dijual meluas di luar negara. Jangan sampai negara dijadikan bahan jenaka dan bahan ketawa hanya kerana kita tidak bertegas.

Saya pelik, mengapakah buku ini tiba-tiba dipromosikan kembali dengan begitu hebat di kedai-kedai buku utama seluruh Malaysia secara tiba-tiba walaupun sudah terbit tahun lalu? Saya menyeru agar pihak berkuasa menyiasat juga segala dalang di sebalik kejadian ini kerana saya khuatir jika ini bukannya sesuatu yang tidak disengajakan tetapi dirancang dengan rapi untuk menghasut rakyat membenci rakyat secara halus.

Tahniah kepada semua yang menyuarakan ketidakpuashatian sama ada melalui kuasa tular media sosial mahupun laporan-laporan polis.

Anda semua hero negara!

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

30 Jun 2020

Sumber: https://malaysiakini.com/news/532361

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts