DI SEBALIK HUKUMAN MAHKAMAH DAN SUMPAH LAKNAT NAJIB

1.1k
SHARES
3.6k
VIEWS

Jika seseorang jika disabitkan kesalahan maka diyakini beliau bersalah, maka kisah Nabi Yusuf pasti menjadi iktibar. 

Bagi kaum Muslim, kisah Nabi Yusuf AS ini menjadi iktibar yang jelas memperlihatkan bagaimana seorang manusia yang juga bahkan seorang Nabi Allah yang tidak bersalah dihumban ke penjara kerana nafsu dan fitnah seorang wanita.

Bagi pejuang kemanusiaan hak asasi manusia di seluruh dunia pula pasti kisah Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh kerajaan minoriti kulit putih menjadi teladan bagi mereka bagaimana seorang yang memperjuangkan anti diskriminasi dan anti apartheid di negara sendiri diperlakukan secara salah sehingga terpenjara selama 27 tahun.

Di Malaysia sendiri bagi pembangkang Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan dua kali pasti menjadi idola mereka yang tegar menyokong pembangkang (yang sempat menjadi kerajaan selama 22 bulan) walaupun didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, sehingga terpaksa menggunakan  ‘talian hayat’ terakhir iaitu Pengampunan Diraja bagi membebaskan beliau. 

Justeru terjemahan bersalah atau tidak ini bergantung pada penyokong dan ideologi yang menjadi pegangan masing-masing. Jika Anwar bersalah sekalipun mereka akan tetap percaya  bahawa Anwar ‘suci’ dan tidak melakukannya walaupun mahkamah telah menyabitkan kesalahan ke atas beliau.

Sama juga dengan pemimpin DAP yang menyokong perjuangan pengganas LTTE secara terang-terangan, walaupun pihak polis yang bertahun menyiasat mengemukakan kertas siasatan lengkap kepada Peguam Negara namun akhirnya ia disingkirkan begitu sahaja tanpa melalui pendakwaan.

Sama ada digugurkan kerana takut melalui perbicaraan yang akan membuktikan mereka bersalah kerana pihak polis mempunyai bukti intipan bertahun lamanya ataupun mereka yakin memang pemimpin DAP tersebut juga suci seperti Anwar. 

Dalam kes Najib sedikit unik kerana Najib berani berdepan dengan mahkamah, selain Hakim seperti tidak mengendahkan bukti-bukti kukuh yang ditimbulkan pihak peguam bela seperti para saksi  tidak kredibel, ada yang bersekongkol jelas dan mendapat habuan daripada Jho Low, berkonspirasi dengan beliau yang dikemukakan bukti di mahkamah, atau ada juga yang berterusan menukar kenyataan sehingga pertuduhanpun diubah berkali-kali, menunjukkan sama ada pihak pendakwaraya kekurangan bukti ataupun sebenarnya pertuduhan ke atas Najib langsung tidak mempunyai merit untuk dibicarakan.

Sungguhpun begitu, Hakim Mahkamah Tinggi telahpun membuat keputusan  menyabitkan kesalahan ke atas Najib dan wajar dihormati, yang sebenarnya tidakpun menggemparkan kerana telahpun dijangka dari awal oleh semua pihak.

Apatah lagi Pakatan Harapan awal-awal lagi telah ‘fabricate‘ pelbagai perkara untuk memastikan Najib dipenjarakan, jika tidak ia akan memberi masalah besar bagi mereka kelak kerana isu 1MDB dan SRC ini merupakan modal ampuh bagi mereka suatu ketika dahulu (kini tidak lagi) bagi menipu rakyat.

Sungguhpun begitu Najib masih mempunyai peluang berdepan dengan tiga Hakim di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di depan lima Hakim di Mahkamah Persekutuan, apabila dicabar oleh peguam bela atau pendakwaraya yang tidak berpuas hati dengan keputusan di Mahkamah Rayuan kelak.

Sebarang keputusan di kedua-dua mahkamah ini bukanlah kepastian sama ada Najib benar-benar bersalah ataupun tidak kerana mahkamah dunia tidak menjanjikan apapun berbanding mahkamah sebenar di akhirat.

Namun apa yang kini menjadi kepastian, Najib telahpun membuat sumpah laknat menafikan beliau mempunyai sebarang pengetahuan dan penglibatan mengenai wang 42 juta ringgit yang menjadi pertuduhan ke atasnya selama ini. 

Masyarakat juga belum pernah mendengar Anwar ataupun Tun Mahathir membuat sumpah laknat menafikan mereka dalam sebarang pertuduhan seks luar tabie ataupun skandal yang dipalitkan ke atas mereka berdua sejak sekian lama.

Apabila sumpah laknat telah dibuat maka diserahkan segala-galanya kepada Allah Taala semata-mata yang akan membuat keputusan atas sumpah laknat tersebut.

Barang siapa yang terlibat memfitnah, menyebar dan yakin beliau bersalah di sebalik sumpah laknat yang telah dibuat, maka disarankan berhati-hati selepas ini, selain segera bertaubat dan berjumpa Najib meminta maaf secara berdepan kerana takut dan tidak sanggup berdepan dengan kesan daripada sumpah tersebut yang pasti akan melanda ke atas diri pemfitnah.

Kita tunggu apa yang akan berlaku selepas ini. 

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts