Parti baharu Mahathir bernama Pejuang.
Anaknya Mukhriz menjadi Presiden, Mahathir sendiri menjadi Pengerusi.
Dengan semangat ‘juang’ yang tinggi maka ia ditubuhkan.
Semangat yang benar-benar tinggi sehinggakan mencecah 95 pun masih nak berparti.
Sifat juang Mahathir ini sewajarnya dipuji kerana tiada tandingan.
Di usia berbaki lagi 5 tahun akan mencecah satu abad, Mahathir menjadi pemimpin paling tua di dunia yang menubuhkan parti.
Nama beliau wajar dipahat di dalam buku Guinness World Records sebagai “Manusia Tertua Menubuhkan Parti”.
Begitulah kuatnya sifat juang Mahathir, seperti kata-katanya sendiri iaitu Melayu tidak pandai berpolitik, seronok hendak jadi Presiden maka ditubuhnya parti.
Maka Mahathir menyahut seruannya sendiri untuk ‘menyeronokkan’ anaknya yang diangkat sebagai Presiden.
Begitulah semangat seorang bapa, setua manapun tetap berjuang demi anak-anak.
Sifat juang beliau ini walau tidak konsisten dengan satu parti tetapi ‘digeruni’ kawan dan lawan.
Digeruni sebab kawan-kawannya tidak tahu bila akan menjadi lawan dan lawannyapun tidak tahu bila akan menjadi kawan.
Cuma, apa yang Mahathir perjuangkan sebenarnya bukanlah nasib Melayu, Islam ataupun negara.
Beliau lebih memperjuangkan kawan-kawan jutawannya, anak-anak dan ‘geng-geng’nya sahaja.
Kerana itulah nama parti baharunya PEJUANG yang mungkin bermaksud – “Parti Eksklusif Jutawan, Anak-anak & Geng-geng”.
Tidak lama lagi ramai akan melompat masuk daripada parti lamanya kerana semua nak menjadi jutawan dan geng-gengnya.