PENYOKONG PH-DAP DAKWA KJ HADIRI PROGRAM PEJUANG

6.9k
SHARES
22.2k
VIEWS

Tular di WhatsApp mengenai kononnya YB Khairy Jamaluddin atau KJ kononnya hadir ke program parti baharu iaitu PEJUANG yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir.

Dalam siaran di laman Facebook oleh salah seorang penyokong tegar Pakatan Harapan-DAP yang menggunakan nama ‘Wan Motor’ mendakwa, “Salah seorang Menteri Kerajaan Perikatan Nasional pun hadir di Kem Parti Pejuang Tanah Air di Slim tadi” namun terdapat beberapa individu memberi komen menafikan perkara tersebut.

Rujuk; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4197455700325501&id=100001833375768

Antaranya ialah, “Bukan KJ, main hentam sahaja”, “Bukan KJ, perut KJ tak macam tu dan turut dinafikan oleh penyokong Pakatan Harapan sendiri yang mengatakan individu tersebut bukan KJ.

Komen tersebut dilontarkan oleh Azmeer Khalid, yang menggelar dirinya “Aktivis politik negeri Perak” iaitu “Bukan KJ, ini salah seorang yang bersama dengan YB SIVANESAN malam tadi” – mungkin memberi gambaran siapa sebenarnya individu tersebut kerana sebagai penyokong tegar Tun Mahathir dan PEJUANG, tentu beliau lebih mengetahui.

Sebagai rekod, YB Sivanesan yang dirujuk beliau ialah ADUN Sungkai dari parti DAP yang sebelum ini memfailkan saman malu terhadap pengundinya sendiri – Rujuk; https://m.facebook.com/najibrazak/posts/10155833108500952.

Semakan di Facebook beliau tidak menunjukkan beliau hadir ke program tersebut namun biasalah, jika penyokong Pakatan Harapan-DAP ini,  bercanggah sesama sendiri adalah perkara biasa.

Selain itu banyak perkara yang tidak disemak terlebih terlebih dahulu kesahihannya juga akan diviralkan tanpa segan silu asalkan memberi ‘mileage‘ untuk memburukkan seteru politik mereka.

Namun jika KJ ke sana sekalipun, ia tidaklah menghairankan sangat kerana tidak salah beliau ke sana bagi menyatakan sokongan terhadap parti baharu Tun Mahathir, anak dan rakan-rakannya.

Ini membuktikan sikap ‘pejuang’ yang selama ini berada dalam dirinya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts