Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Apa alasan Mahathir apabila akaun TS Lim Soon Peng dinyah bekukan atas permintaan Lim Guan Eng? Minit itu bertarikh 5 Disember 2018.
Katanya, “Saya berpendapat penyelewengan yang dilakukan oleh mantan PM tidak boleh disalahkan kepada TS Dato Lim Soon Peng”.
Habis tu, kenapa Allahyarham DS Abd Manan Ismail tidak diberi layanan yang sama?
Allahyarham Cikgu Manan bekas Ahli Parlimen Paya Besar adalah salah seorang daripada 41 entiti yang akaun mereka dibekukan dan disaman sivil oleh SPRM untuk dilucut hak.
Allahyarham Cikgu Manan meninggal dunia pada bulan Febuari 2018.
Tetapi zalimnya Mahathir dan Guan Eng ialah, apabila Kerajaan PH meminda nama Allahyarham kepada nama isteri dan enam anak mereka sebagai benefisiari harta pusaka.
Dari segi prosedurpun sudah tidak adil. Dari awal lagi Pendakwa raya sudah tahu Cikgu Manan telah meninggal dunia pada bulan Febuari 2018.
Kenapa masih mahu menamakan Allahyarham sebagai penerima? Kemudian dipinda kepada nama isteri dan 6 orang anaknya?
Sedih, pada 30 Jun 2020 Mahkamah Tinggi memutuskan wang sejumlah RM256,000 dilucut hak dan menjadi milik kerajaan.
Sedangkan itu adalah dana politik dan sudah digunakan oleh Allahyarham untuk program program rakyat di kawasan Parlimennya.
Tidak dapat ‘melanyak’ orang yang sudah pergi, anak bini arwah dijadikan mangsa.
Tetapi tauke kaya Cina bergelar Tan Sri mendapat pembelaan istimewa daripada Guan Eng dan direstui oleh bonekanya Tun Mahathir.
Zalim dan pilih kasih.