MUNGKIN MAHATHIR ‘SERONOK-SERONOK’ TAJA PARTI SYED SADDIQ

4.4k
SHARES
14.2k
VIEWS

1. Jika diikutkan teori Tun Dr Mahathir Mohamad, kaum Melayu menubuhkan parti politik ini hanya kerana “seronok ingin menjadi Presiden” 

2. Mungkin kerana ‘seronok’ itulah maka dengan mudah sahaja Mahathir menubuhkan parti Pejuang

3. Mungkin atas alasan yang serupa maka Syed Saddiq, si pemuja Mahathir itupun teringin menjadi Presiden maka dicadangnya tubuh parti berasaskan anak muda sahaja

4. Orang tua seperti Mahathir tidak akan ada peluang menyertai parti anak muda (PAM) jika Pejuangnya terkandas di tengah jalan

5. Mukhriz juga tidak mungkin dijemput Syed Saddiq menyertai PAM atas faktor umur yang bukan lagi muda, setelah terkuburnya Pejuang selepas ketiadaan Mahathir kelak

6. Tetapi walaupun Mahathir kata orang Melayu tubuh parti kerana seronok hendak jadi Presiden, hakikatnya bukanlah semudah itu, bukanlah ‘seronok-seronok’ boleh tubuh parti macam Mahathir

7. Biasanya yang selalu ‘seronok-seronok’ ini “orang terlajak kaya” macam Mahathir, orang lain ‘setengah mati’ hendak tubuh parti

8. Lainlah macam Mahathir yang terlalu banyak duit, penajapun merata petik jari sahaja, kroni dan anak-anak juga kaya-raya, rakan-rakan dalam kalangan bilionair, jutawan, hartawan, malah cucu cicitpun hidup mewah selalu belayar atas kapal (Nota: Jangan dengki dengan orang kaya – Mahathir)

9. Justeru, tidak mungkin Syed Saddiq ada kapasiti seperti di atas, yang setakat ini jika dicari individu di negara ini yang mempunyai kriteria di atas, ia hanya ‘dimiliki’ oleh Mahathir

10. Ada kemungkinan Syed Saddiq ditaja oleh Mahathir sendiri, seronok-seronok buat parti bersama anak muda

11. Mahathir tahu parti Pejuangnya tidak akan dapat menarik minat anak muda yang akan mengundi ketika PRU-15 kelak, kerana partinya sangat ‘eksklusif’

12. Maka Syed Saddiq menjadi ‘ayam tambatan’ Mahathir bagi menambat hati anak-anak muda, kerana Pejuang tidak akan mampu menarik minat anak muda Malaysia 

13. Soal duit dan dana tidak menjadi masalah, jika RM5 juta dengan mudah sahaja Mahathir boleh luluskan guna “dana khas PMO” dalam masa tiga hari kononnya untuk pembangunan belia, inikan pula “dana khas tubuh parti” untuk merealisasi PAM Syed Saddiq

14. Melainkan Syed Saddiq tahu ‘kapal’ Pejuang tidak akan ke mana dan akan karam selepas ketiadaan Mahathir yang sudah berusia sangat lanjut ketika ini, maka PAM ini adalah ‘life boat‘ beliau

15. Atau Syed Saddiq hanya ‘Syok Sendiri’

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts