Isu kilang haram beroperasi dengan pengetahuan dan kebenaran kerajaan PKR negeri Selangor sememangnya memeranjatkan.
Perkara tersebut dipertikaikan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil kerana jelas kerajaan negeri bertindak sangat tidak adil terhadap rakyatnya sendiri apabila kilang tersebut dibenarkan beroperasi sehingga hujung tahun walaupun membuat kesalahan yang serius.
Jika gerai ibu tunggal dan gerai burger boleh pula dirobohkan, tetapi kilang haram yang menyebabkan 7 wilayah di Selangor dan beberapa daerah di Kuala Lumpur terjejas yang melibatkan 1.2 juta penduduk masih dibenarkan beroperasi, tentu ada sesuatu yang terselindung yang sepatutnya disiasat oleh SPRM dengan segera.
Isham menyindir;
“1. Gerai Ibu Tunggal: ROBOH”
“2. Gerai burger: ROBOH”
“3. Kedai makan: ROBOH”
“4. Tempat letak kereta depan rumah: ROBOH”
“5. Rumah penduduk masuk rizab: ROBOH”
“6. Kilang haram cemar sungai: TAKPA, BAGI PELUANG LAGI SAMPAI AKHIR TAHUN (Walaupun dah bertahun-tahun dah tahu kilang beroperasi secara haram) – Kerajaan PKR Selangor”
Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya bertegas dengan kilang tersebut yang bukan sahaja membuat kesalahan beroperasi secara haram malah mencemar sungai sehingga menyusahkan jutaan rakyat sehinggakan sekolah-sekolah juga ada yang terpaksa ditutup.
Perkara tersebut turut mengundang kemurkaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Sultan Selangor namun seolah-olah tidak diendahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan PKR negeri Selangor malah masih berlembut dengan membenarkan kilang tersebut beroperasi sehingga akhir tahun.
Patutlah banyak desakan meminta Aminudin meletakkan jawatan kerana bukan sahaja tidak mahu bertegas dengan kilang haram malah teguran Istanapun tidak diendahkan.