HENTIKAN PELBAGAI PENGHINAAN, WUJUDKAN KEMBALI ISA!

343
SHARES
1.1k
VIEWS

Penghinaan berterusan tanpa henti

Agama Islam dan bangsa Melayu dihina, Raja-raja dan keluarganya dipersenda, bendera dan Jata Negara dipermainkan, Perlembagaan diperlekeh, bantuan kerajaan dituduh rasuah, pertahan kedaulatan Sabah digelar jijik, malah anggota tentera yang sentiasa bersiap siagapun dihina hanya makan tidur sahaja.

Pencerobohan di Lahad Datu dipersenda

Yang terkini anggota keselamatan yang menjaga pertahanan negara daripada pencerobohan pengganas Sultan Kiram di Tanduo, Lahad Datu juga dicemuh bersandiwara dan hanya “berperang dengan anjing dan ayam”.

Ada yang terbunuh ngeri, jenazah dicacatkan, ada yang anggota badannya dipotong dan mata dicungkilpun masih ingin kata berperang dengan anjing dan ayam?

Tidak adil buat ahli keluarga 

Tidak fikirkah mengenai perasaan ahli keluarga yang suami atau bapanya terbunuh ketika mempertahan negara dari ancaman musuh dalam keadaan kita tidur nyenyak di rumah?

Mereka tidak minta sesiapapun ucap terima kasih tetapi cukup jangan sampai menghina pengorbanan ahli keluarga mereka.

Negara jiran tiru Malaysia berperang dengan anjing dan ayam? 

Malah negara jiran Filipina sendiri meniru cara Angkatan Tentera Malaysia tangani pencerobohan tersebut, tidak mungkin jika perang dengan anjing dan ayam akan ditiru mereka? Inilah akibatnya apabila akal diberi tetapi tidak digunakan dengan baik. 

Rujuk; https://www.militaryofmalaysia.net/2013/09/taktik-malaysia-tangani-sulu-ditiru-negara-jiran/

Maka apa lagi yang kerajaan tunggu? Laporan polis sudah banyak yang dibuat, apabila disiasat kata tidak sengaja, beri alasan kesalahan dibuat pekerja warga asing, minta maaf dan terlepas. Kemudian diulang lagi kerana tahu tiada tindakan keras. 

Lebih baik pindah ke negara lain “yang lebih baik”

Lebih baik jangan gantung bendera jika digantungpun terbalik. Lebih baik berdiam diri daripada buka mulut menyakitkan hati. 

Jika tidak suka sangat dengan identiti negara ini, tidak suka dengan apa sahaja yang berkait rapat dengan agama Islam dan bangsa Melayu, dipersilakan keluar cari negara lain yang mereka rasa lebih baik. 

Singapura ada ISA, GST dan TIADA SEKOLAH VERNAKULAR

Jika Singapura lebih baik, dipersilakan ke sana hidup dalam negara yang tiada sekolah vernakular, ditutup oleh Lee Kuan Yew sebaik sahaja Singapura berpisah daripada Malaysia. Siapa yang bantah ketika itu terus ditahan ISA. 

Hiduplah di sana yang masih mengekalkan undang-undang tersebut, yang mereka kata sebagai undang-undang drakonian.

Malah sistem pencukaian terbaik seperti GST yang digunakan lebih 160 buah negara tetapi dicemuh di Malaysia, telah ada di Singapura sejak tahun 1994. 

Malah hendak beranak-pinakpun ‘dicatu’ kerana kepadatan penduduk yang terpaksa dikawal, maka jika itulah yang terbaik buat sesetengah kaum yang tidak mengenang budi, dipersilakan hidup ke sana. 

Di Malaysia yang tidak ada apa-apa di mata mereka ini membuka ruang seluas-luasnya kepada sekolah vernakular yang mewah mengalahkan sekolah bantuan kerajaan.

GST juga sudah dimansuhkan kerana kononnya SST lebih baik dan mereka kata itu yang rakyat hendak. Walhal yang rakyat hendak belum tentu baik.

Macam ISA, mereka  kata rakyat tidak mahu, tetapi ketika ini undang-undang itulah yang terbaik kerana penghinaan semakin berleluasa tanpa dapat dibendung lagi. 

Wujudkan kembali ISA

Sepatutnya kerajaan wujudkan undang-undang siapa menghina terus tangkap dan dijatuhkan hukuman, bukan hendak aniaya tetapi agar semua pihak berhati-hati dan saling hormat menghormati.

Wujudkan kembali ISA jika pemimpin dan rakyat sudah sampai ke tahap melampau sebegini, bukan sahaja tidak sedar diri, tidak patriotik malah kerap menghina negara dan rakyatnya sendiri.

Jika tidak, bukan sahaja penghina negara, malah pengganas LTTE dan komunispun semakin bercambah.

Cukup-cukuplah, kerajaan hendak tunggu apa lagi?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts