TARIK BALIK KECELUPARAN MENGHINA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

MUAFAKAT dengan keras menuntut YB Datuk Mohamaddin Haji Ketapi, wakil rakyat bagi Parlimen Lahad Datu supaya menarik balik keceluparan beliau menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan segera memohon maaf atas kebiadaban melampaunya terhadap anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan negara dalam peristiwa berdarah Pencerobohan Lahad Datu 2013.

2. Kenyataan melampau ini sebagaimana yang dilaporkan dalam media sosial beserta dengan video yang tular, memperlihatkan bekas menteri itu memberi ceramah dalam kempen PRN memberi ucapan membuat lawak dan disambut dengan gelak ketawa para hadirin kononnya pasukan anggota keselamatan sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing di samping memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk di situ.

3. Beliau yang merupakan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jelas merendah-rendahkan peristiwa pada 11 Februari – 24 Mac 2013 sehingga meragut nyawa 10 orang perajurit dari ATM dan PDRM sebagai sandiwara percaturan politik pimpinan BN.

4. Beliau bukan setakat memperolok-olokkan peristiwa berdarah dengan menghina ATM, bahkan secara tidak langsung membuat andaian berunsur fitnah bahawa kerajaan BN telah memperalatkan ATM hingga mengakibatkan 10 anggota terkorban semata-mata untuk kepentingan politik meraih sokongan undi daripada rakyat Sabah bagi memenangi PRU-13 pada 5 May 2013 tidak lama selepas peristiwa tersebut.

5. Sikap ketidakpedulian beliau akan perasaan ahli keluarga mangsa anggota yang terkorban sangat mendukacitakan. Calar melampau ini mesti segera diubati oleh YB kurang ajar yang hanya petah bercakap di hadapan penyokong-penyokongnya sahaja tanpa mengambil kira kesan dan akibat. Sudahlah sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan dangkal apabila membenarkan pelancong asing dari negara China masuk ke dalam negara padahal ketika itu wabak virus Covid-19 sedang luas menular.

6. Menghairankan apabila seorang menteri boleh begitu beriya sangat meminta supaya jangan disekat kemasukan pelancong asing dari negara China padahal negara China sendiri sedang memantau dan mengkuarantin rakyatnya sendiri kerana bimbang merebaknya virus itu ke seluruh negara. Pada masa itu lagi sudah terserlah kebodohan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dari kepimpinan Pakatan Harapan ini.

7. Hal yang seakan sama ini mengingatkan kita kepada kenyataan taikun Pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin berkenaan keperluan mengecilkan saiz kakitangan awam dengan memberi contoh kalangan perajurit dan anggota tentera yang dianggap hanya menghabiskan masa dan merugikan negara. Beliau memperlekeh ATM dalam blognya antara lain berkata ramai anggota tentera hanya “makan dan tidur” malah ramai antara mereka tidak pernah menembak, dan mencadangkan anggota tentera dihantar bertugas ke ladang Felda.

8. MUAFAKAT menyeru semua bekas anggota keselamatan dari ATM dan PDRM bangkit membantah kenyataan melampau YB Lahad Datu ini dengan membuat laporan polis dan membuat kenyataan media mengutuk sikap biadab wakil rakyat yang menzahirkan sikap tidak mendukung Rukun Negara ke 5 iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”, kerana beliau lebih banyak menampilkan sikap “Kebiadaban dan Keangkuhan”.

9. MUAFAKAT juga menyeru supaya para pengundi Sabah bangkit membuka minda seluas-luasnya dan berani membuat pilihan terbaik dengan memilih calon wakil rakyat yang berwibawa yang layak mewakili rakyat Sabah ke Parlimen bagi memyampaikan keluhan dan hasrat hati para pengundi, bukannya memilih pemimpin yang mulut celupar menghina pengorbanan anggota ATM dan PDRM bagi mempertahankan tanahair pada peristiwa berdarah Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts