TANGGUH SEMENTARA PERSEKOLAHAN SEHINGGA KEADAAN KEMBALI REDA

163
SHARES
527
VIEWS

Oleh Mohd. Nor Izzat Johari

Alhamdulillah. Terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan yang terus menerus bekerja bagi memastikan sekolah-sekolah berjalan lancar. Walau bagaimanapun, saya ada beberapa cadangan yang perlu diambil serius.

Mohon perhatian YB Dr Radzi Jidin:

TANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN 14 HARI SAHAJA SEHINGGA KEADAAN PENULARAN WABAK KEMBALI REDA

1. Bersetuju dengan arahan KKM bahawa hanya IPT sahaja ditutup sementara walaupun keputusan penangguhan menjadi huru-hara kepada ramai pihak, alangkah baiknya semua sekolah juga diputuskan tangguh sesi persekolahan.

2. Mengambil sikap “mencegah lebih baik mengubati”, mohon ditangguhkan sesi persekolahan untuk 14 hari sahaja sehingga keadaan seluruh Malaysia kembali reda. Tidak ada kerugian mana-mana pihak tetapi kerisauan anak-anak diutamakan.

3. Kepada semua ibu bapa, mungkin akan menghadapi kesukaran apabila anak-anak tidak ke sekolah tetapi percayalah, 14 hari ini, إن شاء الله‎‎ akan menyelamatkan negara. Keselamatan anak-anak adalah tidak ternilai.

4. Jika anak-anak ditangguhkan 14 hari sahaja, tidak ada rugi apa-apa. Mereka sudah terbiasa dengan tiga bulan duduk di rumah dan membuat kerja sekolah secara komprehensif. Tidak lama, 14 hari sahaja. 10-14 latihan di rumah sahaja. Jika dibandingkan risiko Covid-19 ini.

5. Memudahkan KPM membuat penyelarasan sesi persekolahan. Untuk makluman YB Menteri, ada di kalangan pegawai ‘kayangan’ KPM atau JPN atau PPD sedang mendesak guru-guru untuk mengarahkan murid datang ke sekolah. Adalah menjadi hak ibu bapa untuk tidak menghantar murid ke sekolah. Pegawai ‘kayangan’ ini sedang mengejar prestasi kehadiran murid yang agak merosot dek kerana penularan wabak Covid-19 yang agak tinggi kebelakangan ini.

6. Mohon YB Menteri membuat teguran kepada pegawai ‘kayangan’ ini dan jangan menyusahkan kerajaan atas arahan-arahan tidak masuk akal kepada guru-guru Malaysia. Bekerjasama untuk memberi input yang benar kepada YB Menteri.

7. Akhir sekali, segeralah membuat keputusan terbaik. Jangan sampai menjadi parah, baru nak buat keputusan ini. Kita jangkakan dalam tempoh 14 hari ini, keadaan akan kembali reda, إن شاء الله‎‎. Demi keselamatan kesihatan anak-anak kita, tangguhkanlah terlebih dahulu sesi persekolahan ini. Terima kasih.

Ikhlas,

Cikgu Izzat Johari (CIJ)

Naib Pengerusi

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts