SIAPA PUNCA SEBENAR PRN SABAH?

1k
SHARES
3.2k
VIEWS

Kebetulan ada yang menyimpan rentetan peristiwa apa yang berlaku pada 30 Julai 2020 iaitu hari bila mana DS Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah dan memaksa berlakunya PRN Sabah, mari kita renunginya bersama.

Pada tarikh 30 Julai 2020 pada jam 1.25 tengah hari – Media melaporkan kenyataan rasmi bersama Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar menyatakan sokongan penuh PH bagi Shafie Apdal atas tindakannya membubarkan DUN Sabah dengan segera.

Pada hari yang sama lebih kurang jam 2.50 petang – Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak melalui Facebook beliau membidas Shafie yang mahu DUN dibubarkan.

“30 Julai 2020: Langsung | DUN Sabah diwarta bubar,”

Rujuk di sini: https://www.malaysiakini.com/news/536719

Hari yang sama bertubi-tubi Najib dikecam oleh parti Warisan kerana membidas tindakan Shafie membubarkan DUN sekaligus memaksa PRN Sabah di masa wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Pihak tertentu beserta beberapa tokoh pemimpin daripada Warisan menyuruh rakyat jangan mempercayai kenyataan Najib sebab beliau cuma selebriti FB sahaja.

30 Julai 2020: Don’t believe ‘Facebook celebrity’ Najib, says Warisan’s Siambun

Rujuk di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/07/30/dont-believe-facebook-celebrity-najib-says-warisans-siambun/

Kita ingin bertanya siapa sebenarnya yang menjadi punca PRN Sabah? Apa bezanya dengan apa yang bakal berlaku jika DS Anwar Ibrahim mendesak peralihan kuasa daripada TS Muhyiddin, sama sebagaimana yang dilakukan oleh DS Musa Aman kerana beliau juga berjaya mendapat sokongan majoriti untuk mengambil alih kerajaan Sabah, sepatutnya Shafie melepaskan jawatan dan serah kuasa kepada Musa Aman.

Tetapi keadaannya tidak begitu, Shafie terus membubarkan ADUN, dan PRN Sabah terpaksa dilakukan dalam masa wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya, dan akibatnya adalah apa yang dapat dilihat sekarang ini iaitu Covid-19 kembali mengganas ke seluruh negara.

Sekarang Anwar pula melakukan hal yang sama seperti Musa Aman. Apakah anda mengandaikan TS Muhyiddin akan menyerahkannya begitu sahaja? Salahkah jika TS Muhyiddin melakukan hal yang sama seperti Shafie Apdal? Jikalau Musa Aman punca kepada merebaknya Covid-19, tidakkah nanti Anwar juga akan dipersalahkan seperti yang sama, malah kali ini sampai kepada PRU-15 yang melibatkan seluruh negara kecuali Sabah.

PRN Sabah sahaja telah menyebabkan merebak ganas Covid-19 hingga pantas mencecah 3 angka. Bayangkan jika PRU-15 diadakan ketika Covid-19 masih belum reda, tidak mustahil mangsanya boleh mencecah sampai 4 ke 5 angka, boleh sehingga ratusan ribu dijangkiti. Semuanya kerana berebutkan kuasa dan kedudukan. Itulah yang ahli politik tahu tanpa menghiraukan nyawa rakyat.

Di mana letaknya kewibawaan pemimpin? Dahulu slogan “kepimpinan melalui teladan”, tetapi rasanya slogan ini sudah tidak releven lagi. Mungkin boleh ditukar kepada “Jangan ikut perangai pemimpin”. Wallahualam.

Haji Rashidi bin Haris @ Lebai Kampung

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts