YDP AGONG PERKENAN ANWAR MENGADAP PADA 13 OKTOBER 2020

397
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

8 Oktober 2020

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-NYA KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana KeBawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, In sha Allah.

Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.

Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

ANWAR IBRAHIM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts