PEMBELA MENYOKONG KEBIJAKSANAAN YDP AGONG DALAM MENYELESAI ISU CADANGAN DARURAT

117
SHARES
378
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PEMBELA

MENYOKONG KEBIJAKSANAAN YANG DI-PERTUAN AGONG MERUNDINGI MAJLIS RAJA-RAJA UNTUK CADANGAN PENGISYTIHARAAN DARURAT

1. Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan lebih 100 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan mengambil maklum akan perkembangan politik tanah air serta suasana negara pada ketika ini.

2. PEMBELA menyokong penuh kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Malaysia untuk merundingi Majlis Raja-raja bagi memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

3. PEMBELA ingin menegaskan kuasa eksekutif sebenar bagi Malaysia adalah terletak pada YDPA menurut prerogatif dan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

4. PEMBELA bersangka baik dengan permintaan Jemaah Menteri kepada YDPA untuk mengisytiharkan darurat demi kesejahteraan rakyat dan mengelakkan mana-mana pihak berkepentingan menaguk di air keruh demi melindungi salah laku masing-masing.

5. Justeru, PEMBELA berdiri teguh dengan kebijaksanaan YDPA serta Majlis Raja-raja untuk mencapai keputusan terbaik demi negara tercinta, termasuklah mengeluarkan titah-titah yang wajar.

6. Akhir kata, semua ahli gabungan PEMBELA serta umat Islam keseluruhannya diseru untuk sama-sama mendoakan ke hadrat ALLAH agar maslahah negara serta rakyat jelata dirungkai berlandaskan ajaran Islam.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

25 Oktober 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts