BAJET 2021: DAP HASUT, BANGKITKAN KEMARAHAN ORANG CINA

478
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Sejak tumbangnya kerajaan Gagalkrasi DAP yang berkuasa selama 22 bulan, DAP sedar mejoriti orang Melayu tidak mahu mereka dalam kerajaan. Gagalkrasi DAP-PH telah gagal dalam 7 PRK. Gagal dengan teruk sekali. Tamparan paling hebat ialah kekalahan mereka di Tanjung Piai.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, berkata kekalahan teruk PH pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai menandakan bermulanya pengakhiran PH. “Kekalahan yang membinasakan ini akan menjadi permulaan kepada pengakhiran pemerintahan Pakatan Harapan seperti yang kita ketahui atau memberi peluang kepada kami untuk memulakan suatu permulaan yang lebih baik.”

Untuk terus bernafas dalam arena politik Malaysia, tidak dapat tidak DAP terpaksa menggunakan emosi perkauman. Itulah caranya DAP guna selama ini untuk terus survival dalam politik negara.

Sememangnya sudah dijangkakan DAP akan menggunakan Pembentangan Belanjawan 2021 yang diadakan pada 6 November lalu sebagai senjata mereka untuk menyerang kerajaan Perikatan Nasional dengan membangkitkan emosi kebencian bukan Melayu.

DAP tidak peduli langsung keadaan negara yang berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19, asalkan mereka boleh menggunakan apa sahaja peluang untuk menimbulkan perbalahan antara kaum.

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa peruntukan RM177 juta untuk masyarakat Cina dalam Belanjawan 2021 adalah 77 peratus lebih kurang daripada apa yang diperuntukkannya kepada masyarakat Cina semasa PH masih kerajaan.

Nampak tak bagaimana DAP mengapi-apikan emosi perkauman? Melihat masyarakat Cina mula hendak meninggalkan mereka, DAP mulalah kembali menyuntik jarum kebencian kepada kerajaan dan orang Melayu. DAP tidak pernah mementingkan perpaduan kaum asalkan survival politik mereka terjamin.

Untuk makluman, RM177 juta untuk komuniti Cina yang diumumkan bertujuan untuk kredit mikro (RM90 juta), kampung baru (RM84 juta) dan lain-lain (RM3 juta). Tuntutan DAP untuk pengurangan 77 peratus untuk orang Cina adalah SALAH. Jumlah yang diberikan untuk kredit mikro Cina sebenarnya sama dengan tahun sebelumnya.

Perinciannya boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/posts/672409970129746

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/11/15/weathering-the-covid-19-storm?fbclid=IwAR1U4maE_tLGtleiWNycj_fMsAEHh10W_YsfJRQ-I8NZr4-LYSYm7u9T3FE

Banyak isu sebenarnya jika kita hendak bahaskan tentang Perbentangan Bajet 2021, tetapi itu bukanlah fokus utama di sini kerana itu bukan kepakaran kita.

Dengan kelemahan kita itulah DAP menggunakan segala ruang untuk menghasut rakyat terutama bukan Melayu bagi menimbulkan kebencian kepada kerajaan Perikatan Harapan. Matlamat mereka hanyalah politik. Tidak ada sedikitpun di benak mereka ingin membantu rakyat dalam keadaan negara berhadapan dengan ‘serangan’ Covid-19.

Rakyat diharap jangan terpengaruh dengan dakyah dan hasutan kebencian yang di bawa oleh DAP dan sekutu mereka dalam PH. Perpaduan kaum dan keamanan negara lebih penting dalam kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2088511167950867/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts