WAKIL RAKYAT INGKAR TITAH AGONG, PENGUNDI HULU LANGAT SEDIA BERBELAH BAHAGI

5.5k
SHARES
17.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN HULU LANGAT

27 November 2020 | 11 Rabiulakhir 1422H

1. Seluruh rakyat sedia maklum bahawa Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 28 Oktober 2020 telah bertitah menyeru supaya semua ahli Dewan Rakyat menghentikan perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

2. DPPHL percaya bahawa baginda bertitah sedemikian adalah demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, dan kami DPPHL serta seluruh rakyat di Hulu Langat menjunjung kasih dan sembah taat atas titah Seri Paduka Baginda YDP Agong tersebut.

3. DPPHL seterusnya mengucapkan tahniah buat kerajaan Pakatan Nasional pimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua Ahli Parlimen yang menyokong sehingga Belanjawan 2021 dan Rang Undang-undang Pembekalan 2021 berjaya diluluskan di dalam Dewan Rakyat. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kerajaan PN adalah kerajaan yang prihatin dan mendengar semua rintihan rakyat yang dibentangkan dalam perbahasan wakil rakyat dan dipersetujui setelah Menteri Kewangan membuat penambahbaikan ketika sesi pergulungan Belanjawan 2021.

4. Namun kami sangat terkilan dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dato’ Hasanuddin Mohd Yunus yang seolah menconteng arang kepada seluruh rakyat khususnya di Hulu Langat ini dengan menjadi salah seorang  daripada 13 Ahli Parlimen yang menyokong usul undi belah bahagi yang boleh merumitkan lagi proses pembentangan Rang Undang – Undang Pembekalan 2021 dan Belanjawan 2021 ini.

5. Langkah dan tindakan YB Hasanuddin ini secara terang telah menyanggah titah nasihat Baginda YDPA sebelum ini, dan ia sangat mengguris hati seluruh rakyat terutama pengundi Parlimen Hulu Langat yang amat mengharapkan seorang wakil rakyat cakna kepada kehendak rakyat khususnya bila YDP Agong sendiri bertitah demi menyelesaikan masalah rakyat dalam isu  Covid-19 ini. Ia sepatutnya disambut baik seluruh rakyat tetapi malangnya YB Hasanuddin bukan orangnya.

6. Kewibawaan YB Hasanuddin sebagai seorang wakil rakyat Hulu Langat secara moralnya telah lama hilang dan terhakis kerana kegagalan beliau mengatasi masalah-masalah Rakyat Hulu Langat sebelum ini. Sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat beliau cakna dan membawa hasrat rakyat di kala berlakunya masalah besar seperti bencana banjir, jalan raya rosak dan sesak serta penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini, bukannya merumitkan lagi keadaan dengan politik picisan dan berkepentingan.

7. Jelas tindakan YB Hasanuddin ni adalah tindakan seorang wakil rakyat yang khianat pada rakyat dan institusi DiRaja. Terima kasih kerana menunjukan karakter sebenar YB kepada rakyat dan kami DPPHL bersama seluruh pengundi Hulu Langat In sya Allah akan bangkit untuk berbelah bahagi kepada YB Hasanuddin dan sekaligus akan menolak parti YB pada PRU-15 akan datang.

ZURK AHMAD

Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts