PENJELASAN SHAHRIR SAMAD MENGENAI KEUPAYAAN FELDA BERHUTANG

123
SHARES
397
VIEWS

Naratif pakatan pembangkang sebelum PRU-14 adalah bagaimana Malaysia akan bankrap kerana bebanan hutang.

Naratif yang sama digunakan juga terhadap FELDA.

Namun begitu, 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan dan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, hutang negara bertambah mendadak sambil aset negara dijual dan rizab Petronas dijarah.

Apabila saya menulis bagaimana ketika saya menerajui FELDA, hutang-hutang peneroka telah dikurangkan melalui berbagai cara, saya ditanya pula mengapa hutang FELDA telah meningkat pada tahun 2017.

Pertamanya, kita atau badan-badan kerajaan seperti FELDA akan hanya boleh meminjam kalau kedudukan aset kita kuat dan melebihi liabiliti atau tanggungan kita. Tambahan pula, yang hendak memberi pinjaman itu haruslah percaya kepada kita.

Jadi, bagi saya, hutang bukanlah suatu yang buruk asalkan kita dipercayai oleh bank.

Pada tahun 2016, hutang FELDA berjumlah RM6.8 bilion.

Pada 2017, ia bertambah kepada RM7.8 bilion.

Pada 2018, hutang ini turun kepada RM7.1 bilion. 

Di masa hadapan, hutang FELDA akan bertambah kepada RM10 bilion. Dan ia seperti belum termasuk hutang untuk FELDA mengambil alih FGV.

Pembelian FGV tidak bermasalah kerana FGV merupakan satu aset dengan pulangannya. Maka dividen FGV kepada FELDA akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank bagi membeli balik kesemua saham FGV.

Kesimpulannya, jumlah pinjaman yang diambil itu bergantung kepada kekuatan aset dan harta kita. Lagi besar aset dan harta, lagi besar keupayaan untuk berhutang.

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts