APABILA CEO TH PROPERTIES MENCARUT, ADA PULA YANG PERTAHAN

368
SHARES
1.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Apabila tular video CEO TH Properties mencarut di hadapan kakitangannya, saya terbaca beberapa tulisan yang mempertahankan tindakan tersebut.

Oh, biasalah itu normal dalam bidang pembinaan.”

“Oh, saya dulu kena maki lagi teruk.”

“Oh kalau tidak boleh kena carut jangan kerja dengan kontraktor.” 

Tuan-tuan, standard kita bukanlah pengalaman kita. Standard kita adalah Islam. Itu standard kita. Tidak ada dua jalan dalam isu akhlak.

Sama juga apabila kita menormalisasikan tindakan merotan anak.

Oh, budak-budak sekarang manja tidak boleh dirotan.”

“Oh, dulu saya berbirat kena sebat dengan batang paip.”

“Oh, masa saya kecil dulu bapa saya pernah pukul kepala dengan jackhammer. Elok saja hari ini saya jadi orang.” 

Tetapi Islam ajar bagaimana? Islam ajar rotan anak apabila umurnya 10 tahun. Itupun jika dia ENGGAN menunaikan solat. Bermakna apa-apa kesalahannya yang lain ketika dia di bawah umur 10 tahun termasuk panjat meja, pecahkan pasu, tumpahkan air TIDAK MELAYAKKAN kita sebagai ibu bapa untuk berkasar kepada mereka.

Malah Islam juga mengajar bagaimana kaedah merotan anak yang sudah layak daripada segi umur dan kesalahan untuk dirotan. Islam melarang memukul muka. Islam melarang memukul lebih 3 kali. Islam melarang memukul dengan kuat secara mengejut. Islam melarang memukul sehingga mencederakan anak.

Islam mengajar hukuman itu berpadanan dengan kesalahan. Islam mengajar merotan untuk mendidik dan bukannya kerana marah.

Jadi bagaimana pula sebahagian kita masih menjadi orang yang hebat walaupun dipukul ibu bapa ketika kecil?

Boleh jadi ketika itu ibu bapa ikhlas mendidik kita. Dan atas asbab ikhlasnya doa mereka maka Allah menjadikan kita sebagai manusia.

Walaupun mungkin dahulu mereka mendidik kita bukan dengan kaedah yang diajar dalam agama.

Semoga Allah mengampunkan mereka dan kita yang telah terlepas dek kerana lemahnya kita dalam mendalami ajaran Nabi-NYA. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts