MASALAH AIR DI KELANTAN SEPATUTNYA SUDAH LAMA DISELESAIKAN

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Isu air Kelantan ini kita kena adil. Kena akui memang ada diskriminasi oleh kerajaan pusat pada 3 penggal pertama pemerintahan PAS di Kelantan. Tetapi sejak pentadbiran Pak Lah dan DS Najib, isu “anak tiri” ini sebenarnya sudah tidak berapa relevan.

Hendak beritahu bahawa Kelantan ini ialah negeri ke-8 yang dapat manfaat penstrukturan air yang dimulakan pada zaman Pak Lah. Sesetengah negeri Barisan Nasional seperti Pahang dan Kedah sendiri tidak merasa ketika itu.

RM56 juta hutang negeri Kelantan akhirnya dihapus kira apabila perjanjian ditandatangani tahun 2016. Siapa Perdana Menteri pada tahun 2016?

Kemudian, hutang projek air Kelantan pula distrukturkan semula sehinggakan bayaran bulanan berkurangan daripada RM3.3 juta kepada RM1.55 juta. Maknanya, hasil perjanjian pada tahun 2016 ini kerajaan Kelantan boleh jimatkan RM21 juta setahun. Boleh digunakan untuk projek-projek bekalan air berskala kecil.

Tetapi adakah ia digunakan? RM21 juta setahun ni sepatutnya sudah cukup untuk membina 4 loji air mini. Sudah 7 tahun ini, berapa loji mini telah dibuat?

Kemudian, zaman Perdana Menteri ‘keruh’ itulah, akhirnya dibuat pelbagai projek bekalan air untuk Kelantan. Termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Kampung Telok dan penggantian sebahagian paip-paip usang (daripada 4000 km paip yang sepatutnya diganti).

Ini bukan saya sahaja cakap. Benda ini sendiri pernah dipuji oleh Dr Zuhdi Marsuki, Setiausaha Politik Menteri Air dan Alam Sekitar pada tahun 2021.

Daripada segi peruntukan, dalam RMK-11 (dilancar Dato’ Sri Najib pada tahun 2016), Kelantan mendapat RM395 juta dalam bentuk pinjaman dan geran bagi menyelesaikan masalah air. Dalam RMK-12 (dilancar zaman Tan Sri Muhyiddin pada 2021), Kelantan memperoleh RM103 juta (pinjaman dan geran)

Jadi mana mahu kata Kelantan dianak-tiri? Isu anak tiri ini berlaku pada zaman Tun Mahathir. RMK-8 pada zaman beliau, Kelantan hanya dapat RM3 bilion sahaja peruntukan pembangunan. Zaman Najib RMK-11 Kelantan dapat RM12.11 bilion.

Tetapi hari ini yang bersih suci dari dosa macam bayi baru lahir ialah Mahathir.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts