PEMBATALAN ASSETSCO, PEMBAZIRAN HSR RM366 JUTA DI ZAMAN PH DAN PN PERLU DISIASAT

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan hari ini sahkan bahawa projek keretapi laju KL-Singapura (HSR) yang dimulakan zaman Dato’ Sri Najib Razak mesti diteruskan. Ini kerana ia akan menentukan hidup mati negara ini.

Dahulu pada zaman Pakatan Harapan (2019), projek ini ditangguhkan dan kerajaan bayar RM46 juta kepada Singapura. Pada zaman Perikatan Nasional (awal 2021), projek ini dibatalkan terus dan kita bayar RM320 juta pampasan kepada negara jiran itu. Kerajaan PN rancang gantikan projek ini dengan projek keretapi kelajuan sederhana Johor Bahru-KL.

Bermakna di bawah 2 kerajaan ini kita membazirkan RM366 juta duit rakyat dan melambatkan pembangunan negara selama 5 tahun. Kerugian seperti ini perlu disiasat dan jika ada kelemahan pengurusan, tindakan perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

Alasan sebenar pembatalan tidak pernah diumum secara terbuka. Namun ia terdedah pertama kali dalam Parlimen Singapura pada 4 Januari 2022. Dalam sidang tersebut, Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung telah mendedahkan bahawa projek ini dibatalkan kerana Malaysia mahu menghapuskan AssetsCo.

Apabenda AssetsCo? AssetsCo adalah syarikat usahasama dua negara yang akan terlibat dalam rekabentuk dan penyeliaan projek. Termasuklah kelulusan sebarang tender yang melibatkan projek berkenaan.

Apa kesan jika AssetsCo dihapuskan? Jika AssetsCo dihapuskan, maka setiap negara berhak membuat keputusan sendiri bagi tender pembinaan pakej HSR di dalam kawasan mereka.

Contohnya jika Malaysia mahu membuat tender runding terus kepada syarikat kontraktor tertentu bagi pakej HSR negara kita, maka Singapura tidak akan dapat menolak kerana tiada kuasa sepertimana yang wujud dalam persefahaman AssetsCo.

90 peratus HSR adalah dalam Malaysia. Oleh itu anggaran kos projek bagi negara kita sahaja adalah sekitar RM60 bilion. Perkara ini tidak dipersetujui Singapura atas kebimbangan dari segi pematuhan spesifikasi dan ketelusan proses perolehan.

Bagi Singapura, disebabkan kedua-dua negara tiada kepakaran dalam teknologi pembinaan HSR, maka tender terbuka peringkat antarabangsa hendaklah dilakukan. Kegagalan kedua-dua pihak untuk bersetuju dalam hal inilah yang akhirnya menyebabkan projek HSR terbatal.

Soalnya, kenapa mahu sangat hapus AssetsCo sampai sanggup bayar pampasan ratusan juta kepada negara jiran?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts