BEZA 7 BULAN MAHATHIR-PH DENGAN UMNO-PH MEMERINTAH

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Tan Sri Shahrir Samad

Semua parti politik tanah air sudah pernah berada dalam kerajaan. Kalau hendak bandingkan kebolehan dan pengaruh masing-masing, boleh lihat kepada usaha dan pencapaian setiap kerajaan mereka dalam tempoh yang sama panjang.

Contohnya, bandingkan tujuh bulan pertama Kerajaan PH 1.0 selepas PRU14 dengan tujuh bulan pertama Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15.

Selepas tujuh bulan pertama Kerajaan PH 1.0 yang dipimpin oleh Tun Mahathir dan dibantu oleh Lim Guan Eng (DAP), Tan Sri Mahiaddin Yassin (Bersatu) dan Azmin Ali (PKR), telah berlaku satu bangkitan dan bantahan terbesar orang Melayu Muslim di Kuala Lumpur.

Ingat tak? Bantahan terbesar terhadap rancangan Kerajaan PH 1.0 untuk menerima ICERD berlaku pada 8 Disember 2018, tujuh bulan selepas Kerajaan PH 1.0 mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Sungguhpun ada Tun Mahathir, Mahiaddin dan Azmin Ali dalam kerajaan, tapi usaha kearah sekularisme telah berlaku secara terang-terangan. Mungkin kerana ada PKR dan DAP, kedua-dua parti yang berideologi sekularisme.

Kalau sekarang ini ada momokan bahawa Islam berada dalam bahaya kerana adanya DAP dan PKR dalam Kerajaan Perpaduan, bezanya Tun Mahathir, Mahiaddin dan Azmin tidak berada dalam kerajaan. Mereka di luar. BN yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Dan sehingga kini, selepas tujuh bulan semenjak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, tidak adapun isu yang mengancam Islam, seperti ICERD dulu.

Momokan itu bukan realiti.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts