PROJEK SAMUR PASTIKAN NEGARA TIDAK TERJEJAS DENGAN KRISIS KEKURANGAN BAJA

78
SHARES
253
VIEWS

Ramai mungkin tidak sedar bahawa seluruh dunia mengalami krisis kekurangan baja sejak awal tahun lepas akibat perang Ukraine-Rusia dan pandemik Covid yang telah jejaskan keselamatan makanan global.

Namun Malaysia tidak pernah mengalami krisis ini sebab negara kami telah bertukar dari negara pengimport baja ke negara pengeluar dan pengeksport terbesar ASEAN sejak projek SAMUR di Sipitang, Sabah bermula operasi pada akhir tahun 2016.

Projek dimilik Petronas Chemicals ini menggunakan gas asli sebagai feedstock untuk mengeluarkan baja dilancarkan Najib pada tahun 2012.

Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) PETRONAS bernilai RM4.5 bilion, sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

Projek Samur bukan calang-calang projek. Projek ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini,” kata Najib.

Najib berkata nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun ini, dijangka mencecah US$4.8 bilion setiap tahun.

“Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang ini berada dalam ambang perubahan yang besar. Detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata kawasan seluas 2,000 ekar sudah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai kawasan industri minyak dan gas serta industri sampingannya di sekitar Sipitang (yang kini digelar Sabah Oil and Gas Industrial Park atau SOGIP).

Najib yang juga Menteri Kewangan turut diberi jaminan oleh PETRONAS bahawa lebih 80 peratus tenaga kerja Projek Samur ini terdiri daripada anak-anak Sabah.

Katanya sebuah pusat latihan tetap bagi melatih bakal tenaga kerja dalam kalangan anak-anak Sabah sedang dibina dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan (2013).

Akibatnya, negara tidak terjejas dengan krisis baja dan keselamatan makanan yang melanda seluruh dunia malah Petronas Chemical berpeluang untuk mengaut keuntungan tinggi bagi kerajaan dan negara.

Keuntungan Petronas Chemicals pada tahun 2021 dan 2022 adalah RM 7.3 bilion dan RM6.3 bilion manakala jumlah nilai penjualan syarikat itu naik ke RM29 bilion pada tahun lepas.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts