TAKLIMAT KHAS MALAYSIA MADANI DI KUALA TERENGGANU

79
SHARES
254
VIEWS

Program Taklimat Khas Malaysia MADANI telah berlangsung buat julung kalinya di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu petang semalam.

Seramai 200 orang pegawai lapangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hadir ke sesi taklimat tersebut.

Kerjasama antara jabatan yang dilaksanakan ini adalah untuk memastikan pegawai lapangan dibekalkan dengan informasi yang tepat dan jelas mengenai Malaysia MADANI untuk disampaikan kepada komuniti di peringkat akar umbi.

Taklimat utama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM dan YBrs. Dr. Hj. Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri, penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi pencerahan kepada konsep Malaysia Madani itu sendiri.

Turut hadir ialah Tn. Haji Suwardi bin Haji Guliling, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Tn. Haji Zairuddin bin Haji Zuini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts