A. Kadir Jasin dakwa desakan Parlimen dibubar segera adalah agenda peribadi pemimpin UMNO yang takut dipenjara.
Nampaknya, Kadir dan Tun Mahathir cukup fobia jika Najib, Zahid, Ku Nan dan beberapa yang lain tidak masuk penjara sebelum PRU-15.
Patutlah Tun Mahathir menyesal dan merayu kepada Anwar supaya bagi dia jadi Perdana Menteri kali ketiga untuk 6 bulan sahaja. Dia terlupa Najib dan Zahid belum masuk penjara apabila dia letak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.
Justeru dia minta 6 bulan supaya misi memenjarakan Najib dan Zahid disempurnakan.
Kadir tahu, lagi cepat PRU, lagi cepat parti Pejuang terkubur macam di PRK Slim dan mungkin mereka pula yang masuk penjara.
Itulah cara berfikir orang yang kuat berdendam. Kadir Jasin ingat jika UMNO kembali berkuasa maka UMNO akan balas dendam untuk menzalimi mereka.
Sejak timbul cerita UMNO menolak kerjasama dengan PPBM dan Ahli Parlimen UMNO akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin, maka tiga hari berturut-turut harga bursa saham jatuh.
Itu bermakna UMNO adalah ‘influencer‘. Parti Pejuang ada?