PERUNTUKAN RM35.4 JUTA UNTUK BINA 3 DEWAN TIDAK WAJAR DISALURKAN

244
SHARES
787
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

1. Wiranita PUTRA Malaysia mempertikai keputusan kerajaan meluluskan sebanyak RM35.4 juta untuk membina 3 dewan di Pagoh yang dianggap tidak relevan malah tidak sesuai di zaman rakyat begitu tertekan dengan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

2. Walaupun kerajaan sedar rata-rata rakyat hidup dalam kesusahan kerana hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja, gaji dikurangkan, perniagaan ditutup dan sebagainya namun masih kurang inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu rakyat memulihkan ekonomi keluarga selain meluluskan pengeluaran wang KWSP yang mana ia milik rakyat sendiri.

3. Ini adalah satu tindakan yang amat tidak masuk akal dengan jumlah sebanyak itu hanya untuk mendirikan dewan yang tidak menjadi keperluan jika dibandingkan dengan keperitan yang dihadapi rakyat.

4. Perbelanjaan ini dikategorikan sebagai pembaziran yang besar seolah-olah kerajaan langsung tidak peka kepada masalah rakyat, melainkan ada udang di sebalik batu, iaitu agenda tersebunyi pihak-pihak tertentu.

5. Wiranita PUTRA mendesak pihak Kerajaan supaya meneliti semula kelulusan peruntukan wang sebanyak itu supaya ia dapat disalurkan kepada golongan yang hilang sumber pendapatan dan punca rezeki.

6. Apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapa peruntukan itu boleh diluluskan di zaman negara sedang berdepan dengan pendemik COVID-19 dan ketika masalah banjir yang berlaku di beberapa negeri dan daerah? Ada baiknya peruntukan sebanyak RM35.4 juta itu dibelanjakan untuk meningkatkan fasiliti perubatan daripada membina sebuah dewan.

7. Wiranita PUTRA Malaysia memohon agar pihak kerajaan mendahulukan nasib rakyat daripada membuat perkara yang tidak berfaedah dan membazir. Dahulukan rakyat ketika rakyat berdepan kesulitan. Wiranita PUTRA juga menuntut kerajaan supaya belaku adil dan telus dalam membuat apa juga keputusan dan tidak hanya memenuhi kehendak pihak tertentu.

Sekian.

Oleh Ros Hanita Mohd Basir

Ketua Pergerakan Wiranita PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts