WIRANITA PUTRA PERTIKAI LANTIKAN DANESH RAJ SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI MALAYA

702
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN KETUA PERGERAKAN WIRANITA PUTRA MALAYSIA

5 Oktober 2021

1. Universiti Malaya telah membuat satu kejutan dengan melantik seorang anak muda iaitu Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

2. Beliau merupakan ahli MIC dan juga Graduan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dalam bidang seni tari.

3. Pelantikan ini adalah tidak tepat sama sekali. Keputusan yang dibuat adalah satu keputusan yang dianggap tergesa-gesa untuk memenuhi kerusi Lembaga Pengarah universiti tersebut. Universiti Malaya adalah sebuah universiti terkemuka dan sewajarnya diisi oleh anak muda dalam bidang kritikal yang strategik.

4. Menjadi persoalannya, adakah beliau cukup matang dan berpengalaman untuk memegang jawatan tersebut, sedangkan kita tahu umur beliau baru 26 tahun? Mampukah beliau memikul tanggungjawab yang sebesar ini? Difahamkan beliau adalah pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

5. Sedangkan masih ramai lagi graduan Universiti Malaya yang berkelayakan serta berpengalaman yang boleh diangkat menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

6. Wiranita PUTRA amat menyesali keputusan ini kerana Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah bersetuju dengan lantikan tersebut. Pelantikan ini amat memalukan dan mencemar imej Universiti Malaya. 

7. Wiranita PUTRA tidak menolak anak muda untuk menerajui jawatan Lembaga Pengarah Universiti Malaya kerana pandangan dan cetusan idea anak-anak muda ini lebih kehadapan dan bernas akan tetapi tidaklah semuda ini kerana pengalaman beliau masih tidak menyeluruh untuk menggalas jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

8. Ramai lagi anak-anak muda yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman yang lebih sesuai untuk menerajui jawatan tersebut.

9. Wiranita PUTRA amat menyesali tindakan pihak Universiti Malaya dalam melantik Ahli Lembaga Pengarah yang bukan dalam kalangan mereka yang lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut.

10. Keputusan Universiti Malaya untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah ini dilihat amatlah tidak masuk akal dan mengecewakan.

Sekian.

Ros Hanita Bt Mohd Basir

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts