WIRA PUTRA KECAM PENULIS MANIPULASI KENYATAAN TUN ARSHAD AYUB

151
SHARES
486
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

20 Januari 2021 | 7 Jamadilakhir 1442H

1. Wira PUTRA berasa amat kecewa dengan penulisan tidak bertanggungjawab blogger “Syed Outside The Box” yang cuba memanipulasi kenyataan Tun Dr. Arshad Ayub iaitu seorang tokoh pendidikan yang boleh dianggap sebagai bapa pendidikan Bumiputera seperti ditulis dalam blog berikut:

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2021/01/tun-arshad-ayub-bocor-rahsia-antara.html?m=1

2. Jika dilihat kenyataan penulis berbaur perkauman dengan cuba mengatakan Profesor Melayu tidak kompeten. Tidak dinafikan ungkapan itu benar-benar keluar daripada mulut Tun Arshad dan beliau bercakap atas dasar pengalamannya yang luas dalam bidang pendidikan. Fokusnya adalah untuk menggembeleng kepakaran profesional dalam industri yang lebih arif dengan segala kaedah penyelasaian masalah bidang mereka dengan sistem pendidikan sedia ada. Ini membolehkan universiti tempatan menyediakan graduan yang bermutu dan bersedia menceburi bidang industri.

3. Namun interpretasi jahat penulis seperti sengaja membanding bezakan antara kaum seperti semua yang tidak kompeten adalah Profesor Melayu sahaja bukan Profesor Cina dan India. Alasan penulis, sebab Naib Canselor adalah orang Melayu. Apa kena mengena Naib Canselor dengan Profesor? Berapa ramaikah Profesor dalam satu universiti? Naib Canselor pula ada berapa ramai?

4. Golongan Profesor juga adalah kumpulan profesional dalam bidang pengajian masing-masing. Mereka adalah kumpulan pendidik yang melangkaui perkauman. Kelemahan yang ditegur adalah bertujuan memperkasakan kembali sistem pendidikan negara supaya pada masa hadapan dapat melahirkan graduan yang lebih bermutu bagi terus merealisasikan usaha pembangunan negara yang berkesan dan berterusan.

5. Jika ingin dibezakan hasil graduan, berapa banyak ketika zaman kerajaan terdahulu mewujudkan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menjurus kepada kemasukan bangsa bukan Melayu? Adakah mereka disaring mengikut standard meritokrasi yang ditetapkan?

Atau diluluskan sahaja agar lambakan daripada bangsa mereka turut dapat dikeluarkan agar tidak ketinggalan dengan graduan Melayu daripada Universiti Awam? Sebagai contoh ada kalangan pelajar bukan Melayu yang tidak layak mengikut meritokrasi pendidikan Malaysia untuk masuk ke universiti awam dalam bidang perubatan, tetapi masih diterima sekiranya mampu menanggung kos yuran di kolej atau universiti swasta. Adakah mereka ini benar-benar kompeten kerana dari awal lagi telah ‘menipu’ sistem pendidikan?

5. Sekurang-kurangnya pelajar Melayu dan, pribumi melalui proses meritokrasi dengan adil dan sekiranya layak akan dimasukkan ke universiti, jika cemerlang akan ditawar ke luar negara, manakala yang kurang cemerlang masih diberi ruang untuk lanjut pengajian ke bahagian kemahiran. Sedangkan selaku pribumi mereka wajar memohon diutamakan untuk masuk ke semua universiti mahupun mendapatkan biasiswa.

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts