WIRA PUTRA KESAL KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA AMAL “DOUBLE STANDARD”

237
SHARES
766
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

10 Disember 2021 | 5 Jamadilawwal 1443H

1. Wira PUTRA ingin menzahir rasa kesal, sedih dan mengutuk keras Majlis Sambutan 100 Hari Keluarga Malaysia yang telah menunjukkan tauladan yang tidak baik dengan kegagalan mengawal dan mengatur majlis mengikut SOP yang telah kerajaan sendiri wujudkan. Hal ini telah melahirkan keresahan masyarakat akibat kecelaruan SOP yang gagal dipatuhi sedangkan membuat larangan-larangan bagi acara atau sambutan perayaan yang lain atas alasan pandemik COVID-19.

2. Menjadi persoalan bagaimana acara rasmi seperti ini dibenar dan tidak pantau dengan kemasukan tanpa had dan tidak terkawal, sedangkan kenapa di kedai-kedai termasuk rumah ibadah seperti masjid dan surau masih perlu mengamalkan penjarakan sosial dan had jumlah individu di dalam premis?

3. Jelas Kerajaan Keluarga Malaysia hari ini lebih kepada hendak menjahanamkan dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia berbanding menjaga nyawa rakyat. Paku dulang, paku serpih, kata orang dia yang lebih.

4. Wira PUTRA mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera beri penjelasan dengan penganjuran aktiviti yang dilihat “double standard” sedangkan acara atau pelbagai aktiviti awam lain dihalang. Jika program seperti ini boleh dilaksana dengan bebas, MKN wajar memberi kelonggaran seperti yang dituntut penganut Hindu yang mahu lakukan perarakan semasa perayaan Thaipusam nanti.

5. Wira PUTRA juga menuntut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertanggungjawab atas kegagalan dan jangan berdiam diri atas kesalahan jelas depan mata. Menteri bertanggungjawab wajib meletakkan jawatan jika mempunyai maruah dan harga diri atas kegagalannya. 

Sekian.

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts