PERSOALAN BAGAIMANA “99 PERATUS PEMUDA UMNO JUTAWAN” SEPATUTNYA DITUJUKAN KEPADA MAHATHIR

353
SHARES
1.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Kelmarin dalam satu video call dengan Ketua Pemuda UMNO, seorang profesor telah sengaja membuat kenyataan provokasi dengan menyatakan bahawa mengikut kajiannya 99 peratus daripada Ketua Bahagian UMNO adalah jutawan.

Nampak jelas niat beliau untuk menunjukkan yang UMNO kini kononnya tiada integriti dan amalan politik wang dan rasuah masih berleluasa.

Saya hanya ingin ulas ringkas sahaja berkenaan hal ini.

Kajian profesor tersebut adalah pada tahun 2002, atau 19 tahun lepas.

Pada ketika itu ia adalah zaman Mahathir dan dia telah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama lebih dua dekad pada tahun 2002.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika politik wang berleluasa pada ketika itu kerana walaupun Dr. Mahathir berkata dia menentang politik wang, tetapi hakikatnya dialah yang membentuk sistem politik wang di Malaysia.

Sebelum Mahathir, semasa zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke Tun Hussein Onn, politik wang tidak galak berlaku.

Hanya pada zaman Mahathir dia sendiri dan kuncu-kuncu serta kroni-kroninya telah menjadi kaya raya, termasuklah anak-anaknya.

Oleh itu, jika benar kajian tahun 2002 profesor itu sekalipun, saya pasti sebahagian besar daripada pengikut-pengikut tegar yang kaya-raya semasa zaman Mahathir tersebut bukan lagi dalam UMNO kini, tetapi besar kemungkinan kini mereka berada dalam PPBM atau Pejuang atau menyokong kuat parti-parti ini.

Oleh itu soalan profesor ini sepatutnya dituju kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam PPBM atau Pejuang serta kroni-kroninya, bukan kepada pemuda UMNO kini.

ISHAM JALIL

29 Januari 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/907331500022375/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts