SHABERY CHEEK: MEMOIR TOMMY THOMAS BUKTIKAN REFORMASI INSTITUSI PH HANYA “LAUNGAN KOSONG”

188
SHARES
605
VIEWS

Isu memoir “My Story: Justice in the Wilderness” oleh bekas Peguam Negara semakin rancak diperkatakan apabila ia dilihat mendedahkan ‘pekung’ Pakatan Harapan terutamanya Tun Mahathir dan Gopal Sri Ram termasuklah Tommy Thomas sendiri.

Selain ia turut dipertikai oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, ia turut mendapat kecaman bekas Peguamcara 3 Negara, Datuk Hanafiah Zakaria yang turut membuat laporan polis di atas fitnah yang dilakukan oleh Tommy melalui memoir tersebut. 

Datuk Sri Ahmad  Shabery Cheek turut menyelar buku tersebut di mana menurut beliau ‘pendedahan’ oleh Tommy hanya membuktikan laungan “reformasi institusi” oleh Pakatan Harapan selama ini hanyalah retorik semata-mata.

Menurut bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, seingat beliau, Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan individu yang berusaha untuk memperbaiki sistem kehakiman yang banyak tercalar semasa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat. Ini termasuklah mengakui ketidakadilan yang dilakukan terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. 

Dalam ingatan saya, Dato Zaid Ibrahim dilantik oleh PM Pak Lah, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dalam tahun 2008. Antara peranannya ialah mengemukakan pelbagai cadangan memperbaiki urus tadbir sistem kehakiman negara ini yang dikatakan banyak tercalar semasa pemerintahan PM-4.”

Ini termasuk memperkenalkan Akta Surahanjaya Perlantikan Kehakiman 2009 (JAC). JAC dikuatkuasa pada Februari 2009 sepatutnya memainkan peranan besar dalam proses perlantikan di Mahkamah Atasan, seperti Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, juga Hakim Besar Malaya dan Ketua-ketua Hakim Besar Sabah dan Sarawak.”

Keikhlasan Pak Lah untuk memperbaiki sistem kehakiman kita antara lainnya dilihat mengakui kesilapan yang berlaku terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas semasa pemerintahan PM ke-4. Allahyarham Tun Salleh diberi penghormatan dalam satu majlis dan bayaran sagu hati atau ex gratia, diberikan tanda pengiktirafan di atas perkhidmatan beliau sebelum ini. Allayarham yang dipecat telah hilang banyak hak kelayakan yang sepatutnya diperolehinya sebelum itu.

Shabery turut berpandangan melalui memoir itu menunjukkan seolah-olah pelantikan hakim-hakim banyak ditentukan oleh Tommy dan Tun Mahathir, yang jelas membuktikan wujudnya campur tangan politik. 

Tulisan Tommy Thomas, memberi gambaran seolah-olah JAC tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Gambaran beliau perlantikan hakim-hakim semasa beliau banyak ditentukan oleh beliau dan PM ke-7.” 

Sebelum PRU ke-14 banyak laungan reformasi institusi oleh PH untuk perbaiki pelbagai kelemahan dalam sistem kita.” 

Pengakuan TT menjadikan laungan PH itu dilihat kosong semata-mata. Titik hitam dibawa kembali.”

Justeru seperti desakan sesetengah pihak sebelum ini menuntut agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dilakukan ke atas memoir Tommy ini kerana bukan sahaja ia mendedahkan pelbagai salah laku, malah turut mendedahkan fitnah ke atas Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts