WAN ROSDY GESA MEMO DALAMAN AGC DISIASAT SEGERA

341
SHARES
2k
VIEWS

Saya menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 September 2019, yang menyentuh 6 pertuduhan terhadap Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah.

Siasatan ini amat penting kerana dikatakan antara intipati utama memo tersebut adalah berkenaan cadangan dari pasukan pendakwaan IPIC kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu, yang sebulat suara berpendirian bahawa 6 pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

Siasatan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara, sekaligus memberi kesan yang tidak baik terhadap keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Malah, ia juga memberi kesan langsung kepada proses perbicaraan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh Dato’ Seri Mohd Najib ketika ini.

Demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti dan diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan oleh pihak Peguam Negara terhadap perkara ini.

YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail

Naib Presiden UMNO Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts