PMX HADIRI PESTA MUSIK KEPCI, HARAP KEHARMONIAN, KEBERSAMAAN RAKYAT TERUS DIJULANG

339
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menghadiri Pesta Musik KEPCI di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam bersempena Hari Ulang Tahun ke-50 KFC, malam tadi. Beliau turut diiringi oleh Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Saya dan Azizah menghadiri Pesta Musik KEPCI di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam bersempena Hari Ulang Tahun ke-50 KFC beroperasi di Malaysia sambil diapit Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan kehadiran ribuan pengunjung dari kebhinekaan latar belakang masyarakat.”

Seraya persembahan artis menghiburkan penonton, saya dimaklumkan KFC kini mempunyai lebih 770 cawangan restoran di seluruh Malaysia sejak Restoran pertama dibuka pada di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1973.”

YAB Perdana Menteri berharap agar program malam ini bukan sahaja menjadi penanda aras agar penganjur terus berjaya bagi membantu ekonomi negara malah lebih sukses di peringkat glokal.

Intiha persembahan terakhir mengambil tempatnya, saya dan Azizah pulang dan berharap agar keharmonian serta kebersamaan rakyat terus dijulang dalam menopang tantangan bagi meletakkan negara ke tahap lebih maju serta berdaya saing, Insya-Allah.

Semoga Allah SWT dengan kasih sayang dan limpah kurnia rahmat-NYA terus melindungi negara ini dan pemimpin-pemimpin Islamnya dari sebarang ancaman yang boleh mengganggu-gugat negara dan mengekalkan stabilitinya, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts