SARAWAK TIDAK BENAR KUARANTIN 3 HARI, TIDAK KIRA MENTERI ATAUPUN VIP

97
SHARES
313
VIEWS

Tindakan kerajaan negeri Sarawak dipuji ramai pihak apabila membuat keputusan tidak mengikut keputusan “double standard” Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membenarkan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara menjalani kuarantin hanya selama tiga hari.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Dr Sim Kui Hian yang berkata sesiapa sahaja memasuki Sarawak masih perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel atau pusat yang ditentukan.

Dasar masih sama, mereka yang pulang dari luar negara perlu dikuarantin selama 14 hari dan ujian swab akan dibuat pada hari ke-10, tidak kira sama ada mereka menteri, YB atau VIP.”

Beliau menambah, sebarang perubahan pada dasar kuarantin berkenaan akan dinasihatkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak.

Tindakan ini dilihat lebih rasional berbanding warta pengecualian kuarantin 14 hari terhadap menteri yang baru pulang dari luar negara yang dibuat sebelum ini.

Rakyat juga keliru sama ada kerajaan benar-benar ingin mengekang pandemik Covid-19 tetapi dalam masa yang sama banyak kelonggaran diberi termasuk kepada menteri yang dilihat sebagai pelaksanaan “double standard” antara pemimpin dan rakyat biasa. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts