YDP AGONG ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

78
SHARES
252
VIEWS

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini bagi membincangkan mengenai Sidang Parlimen yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ahmad Fadil berkata, dalam sesi mengadap itu, Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan dan etika tata perlakuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas serta bertindak agar sentiasa bersifat mulia serta dipandang tinggi.

Menyentuh perkembangan terkini wabak Covid-19, Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi kerajaan berkaitan atas usaha merealisasikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula pada Rabu dan dijangka mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para wira dan wirawati petugas barisan hadapan atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menerima suntikan vaksin Covid-19, menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, yang menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts