1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menghina Tuanku Raja Permaisuri Agong dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan panggilan nama-nama yang memalukan.
2. Perbuatan seperti itu tidak boleh dipandang enteng kerana Tuanku Raja Permaisuri Agong merupakan tonggak kepada Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang dipelihara dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
3. Walau bagaimanapun, Pemuda UMNO kesal dengan sikap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sehingga hari ini belum ada sebarang kenyataan tegas jauh sekali tindakan drastik yang keras bagi mempertahankan kedaulatan Institusi Raja ini.
4. Malah sudah masuk hari ke-4 penghinaaan sebegini berlanjutan, namun pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mahupun Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia tidak memperlihatkan sebarang usaha mahupun tindakan pantas untuk menyekat akaun-akaun media sosial yang jelas menghina Tuanku Raja Permaisuri Agong dan Institusi Raja.
5. Pemuda UMNO akan membuat laporan polis agar pihak Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia segera bertindak tegas terhadap usaha yang dilihat sengaja mahu membentuk persepsi negatif dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi pengimbang kepada segala kekalutan rakyat dan krisis politik dalam negara!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia