• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

TEGURAN DARI ISTANA – DR. RAMALAN YUNUS

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 23, 2023
in Daulat, Utama
0
TEGURAN DARI ISTANA – DR. RAMALAN YUNUS
37
SHARES
412
VIEWS

Titah dari Istana Perak dan Selangor adalah sebuah illustrasi kemurkaan yang dilukis khusus buat para pemimpin dan para penyokong parti pembangkang di negara ini. Apabila titah dari Istana sudah sedemikian rupanya, ini bermakna sikap dan akhlak umat Melayu-Islam di negara ini sudah menyembah bumi.

Kita semua sedia maklum kepada siapa atau kelompok mana titah itu ditujukan. Sebagai sebuah gabungan parti-parti politik yang kononnya berjuang untuk menyatukan orang Melayu dan memperjuangkan Islam ia amat memalukan dan mendukacitakan.

Seharusnya para pemimpin parti pembangkang meletak jawatan sebagai tanda menghormati titah tersebut. Itulah tanda Muslim yang beriman dan bertakwa dan Melayu yang berbudi pekerti mulia.

Tetapi kalau sudah tidak ada iman dan takwa dan sudah tidak ada budi pekerti mulia lagi, abaikan sahaja titah tersebut. Bukankah ‘agama’ demokrasi itu mengajarkan bahawa “Kuasa Rakyat ” itu melebihi “Kuasa Raja” dan melebihi “Kuasa Allah SWT”?

Maka wajar sahaja kalau para pemimpin pembangkang dan para penyokong mereka semakin biadab dan tidak lagi menghormati Institusi Raja-raja Melayu. Kalau sudah demikian sifatnya, adakah ini bukan satu mala petaka atau bencana yang sedang menimpa negara yang bertuah ini?

Atas dasar itu saya fikir nota saya yang bertajuk “Revolusi Akhlak” tidak harus saya tujukan hanya kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan seharusnya saya tujukan kepada seluruh umat Melayu-Islam di negara ini. Rujuk artikel tersebut di pautan berikut; https://editormalaysia.com/31755/

Sudah sampai masanya untuk negara ini menggerakkan semua institusi dan instrumen kenegaraan untuk melakukan Revolusi Akhlak demi kelangsungan Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu di negara ini.

Sebagai sebuah negara Islam, kita mempunyai standard etika dan moral yang berdasarkan kepada Al-Quran, Sunnah, qiyas dan ijmak para ulamak. Sebagai bangsa Melayu kita punya adat resam dan budaya luhur yang tinggi dan mulia.

Kalau bukan kita yang berpegang kepada ajaran Islam dan adat resam Melayu lalu siapa lagi? Tidak mungkin mahu menyuruh orang kafir berpegang dengan ajaran Islam? Tidak mungkin mahu menyuruh orang bukan Melayu berpegang dengan adat resam Melayu?

Saya berharap agar semua pihak berlapang dada dan menerima teguran dari Istana itu dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Kalau saya yang berada di tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang, sudah pasti saya akan meletak jawatan dan merafak sembah kepada Duli-duli Tuanku dan memohon keampunan dari mereka.

Ini kerana saya sedar diri bahawa saya ini hanyalah seorang pacal yang hina ke bawah Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu. Menumpang berteduh di bawah naungan Tuanku untuk mencari sesuap nasi buat keluarga di wilayah Tuanku yang dirahmati oleh Allah SWT ini.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang begitu biadab dengan Ulil Amri-NYA. Semoga Rasulullah SAW masih sudi memberikan syafaatnya kepada kita yang sering mengabaikan ajaran-ajarannya.

Semoga segala ujian ini menambahkan lagi makrifat kita kepada Allah SWT.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: BiadapDr. Ramalan YunusFanatikInstitusi DirajaPenunggang agamaPerikatan NasionalYDP Agong
Previous Post

(VIDEO) KERAJAAN SEDIAKAN RM10 JUTA MELALUI iTEKAD, BANTU USAHAWAAN MIKRO

Next Post

ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 21, 2023
SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

SUMPAH AHLI DEWAN RAKYAT MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

September 20, 2023
KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

September 19, 2023
PEMUDA HARAPAN BANGSA – DR. RAMALAN YUNUS

PEMUDA HARAPAN BANGSA – DR. RAMALAN YUNUS

September 17, 2023
BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

September 15, 2023
SULTAN SELANGOR TITAH PEMIMPIN POLITIK HENTI KELUAR FATWA SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

SULTAN SELANGOR TITAH PEMIMPIN POLITIK HENTI KELUAR FATWA SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

September 14, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In