Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Saya sangat kecewa. Dah hampir 4 hari Tuanku Permaisuri Agong dihina di media sosial. Dituduh khianat, korup dan dipanggil nama yang memalukan. Sampai ke tahap diletak gambar kematian Marie Antoinette (bekas Permaisuri Perancis) yang dipancung ketika Revolusi 1792 konon sebagai amaran kepada Istana.
Betul Tuanku Permaisuri boleh membalas dengan lebih baik selain daripada jawapan “Dengki ke?” apabila ada netizen yang bertanya benarkah kakitangan baginda telah divaksin. Tetapi balasan tersebut adalah selepas netizen itu dengan biadab memanggil baginda ‘mangkuk’.
Tak perlu tunggu Permaisuri, kitapun akan mengamuk.
Dan jika benar sekalipun YDPA menerima 2000 dos vaksin bagi kegunaan istana daripada Putera Mahkota UAE, maka apa salahnya?
Sekurang-kurangnya 2000 rakyat kita tidak perlu beratur di belakang mereka untuk menerima hak kita pula.
Malah ini sepatutnya sudah jadi satu wake up call kepada kerajaan. Supaya memudahkan klinik dan hospital swasta mendapatkan sendiri bekalan vaksin daripada negara luar bagi golongan kaya dan berkemampuan. Rakyat yang miskinpun boleh memendekkan barisan.
Bila DS Najib bagi cadangan begitu, sibuk pulak menterinya datang tulis komen di Facebook. Bersoraklah penyokong kononnya menteri itu hero. Padahal akhirnya menteripun mengaku kita perlahan (memberi vaksin) walaupun kenyataan itu datang dengan alasan.
Tetapi apa tindakan pihak berkuasa? Dah 4 hari penghinaan ini berlanjutan tetapi saya tidak nampak apa-apa kenyataan amaran atau tindakan tegas.
Kementerian Komunikasi buat apa? Sibuk mintak kakitangan sendiri like dan follow page menteri?
JKOM buat apa? Sibuk komen “saya ulang, saya ulang” di page pemimpin UMNO macam makcik nyanyuk tak makan pagi?
KDN buat apa? Sibuk analisis ‘audio’ Zahid – Anwar yang tak ada kena mengena dengan kepentingan negeri?
Korang semua ini membazir betul jadi menteri. Ekonomi huru-hara, demokrasi terencat dan kini Istana pula hendak dibiar sebagai punching bag golongan tidak sedar diri?
Sedangkan istanalah yang selama ini menjadi pengimbang antara masalah parti-parti politik yang berebut kuasa. Istanalah yang menjadi facilitator dalam menguruskan krisis kerajaan semasa. Istanalah yang memastikan rule of law terus subur apabila dicabar tahun lepas oleh sebahagian manusia.
Sampai ke tahap mana kerajaan hendak biarkan situasi tidak sihat ini berterusan? Atau adakah sehingga ke tahap kami berburuk sangka bahawa ia sengaja dibiarkan sebagai satu bentuk tekanan?
Terutama selepas baginda memberi perkenan bahawa ketika darurat maka Parlimen masih boleh berjalan?
Be a man la PN.