KAPAL SELAM INDONESIA DISAHKAN TENGGELAM, SERPIHAN DITEMUI

252
SHARES
813
VIEWS

Kapal selam ‘malang’ milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang membawa 53 anak kapal yang disahkan hilang sebelum ini telah diisytiharkan oleh pemerintah Indonesia sebagai tenggelam, apabila beberapa serpihan yang dipercayai milik kapal selam tersebut ditemui hari ini. Berita menyayat hati ini menyusul selepas kehilangannya disedari pada Rabu lepas, kira-kira jam 10.37 pagi.

(Barangan) itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo. Justeru, kita menukar status kapal selam itu daripada ‘hilang’ kepada ‘tenggelam’ kerana objek yang ditemui tidak mungkin datang daripada sebarang kapal lain kecuali KRI Nanggala 402.”

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Tentera Laut, Yudo Margono yang berkata kira-kira enam serpihan kapal itu ditemui bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam itu termasuk sejadah, serpihan torpedo dan sebotol minyak pelincir bagi periskop.

Kapal selam malang itu yang juga satu daripada lima dimiliki tentera Indonesia hilang Rabu lalu ketika menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali dan hanya mempunyai bekalan oksigen sehingga jam 3 pagi tadi di mana operasi mencarinya masih berterusan setakat jam 8 malam.

Menurut pihak berkuasa, KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran sebelum terputus hubungan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts