• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BORNEO ECONOMIC COMMUNITY (BEC) – DR. RAMALAN YUNUS 

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
September 13, 2023
in Semasa, Utama
0
BORNEO ECONOMIC COMMUNITY (BEC) – DR. RAMALAN YUNUS 
16
SHARES
173
VIEWS

Saya amat mengalu-alukan penubuhan Borneo Economic Community atau Komuniti Ekonomi Borneo. Alhamdulillah perjuangan selama hampir 3 tahun mempromosikan Pulau Borneo sebagai “the next big thing” semakin menjadi kenyataan.

Tiga negara ASEAN yang terlibat dalam perbincangan meja bulat buat kali kedua pada 5 September 2023 yang berlangsung di Jakarta mengenai perniagaan di Borneo iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei telah sepakat untuk menubuhkan komuniti ekonomi tersebut.

Perbincangan yang pertama telah diadakan dengan jayanya pada 28 April 2023 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Sebuah Pasukan Petugas Khas yang melibatkan negara peserta akan ditubuhkan dengan tujuan untuk memperluaskan lagi kerjasama bagi membentuk Borneo sebagai sebuah pulau yang dinamik.

Pasukan Petugas Khas itu juga ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadikan Borneo sebagai pusat ekonomi hijau ASEAN yang dibina berasaskan kepada pembangunan mampan atau sustainable development.

Kesepakatan tersebut sudah pasti bakal meletakkan Pulau Borneo sebagai satu lagi destinasi pelaburan antarabangsa di rantau ASEAN. Ia juga akan menyemarakkan lagi pertumbuhan dan pembangunan di Pulau Borneo sebagai pusat komoditi dunia.

Saya ingin mencadangkan agar Pulau Borneo dibentuk dan dibangunkan sebagai Pusat Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Sedunia. Saya kira Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak ada sebarang masalah untuk berkerjasama bagi tujuan tersebut.

Ini bagi memberi pilihan dan peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati keindahan dan keistimewaan sebuah ekonomi halal dan juga sebagai pengimbang kepada pertubuhan G7 dan BRICS. 

Sebagai pusat ekonomi halal BEC mempunyai potensi pasaran sebesar 2 billion umat Islam di seluruh dunia. Ia juga berpontensi untuk menjadi pembekal utama barangan primer dan sekunder kepada pasaran luas yang dikuasai oleh G7 dan BRICS.

BEC bukan pesaing kepada G7 atau BRICS bahkan ia akan menjadi jambatan atau kuasa pengimbang antara G7 dan BRICS. 

Sekiranya BEC berusaha untuk menjadikan Borneo sebagai pusat ekonomi halal dunia, sudah pasti usaha tersebut akan dialu-alukan oleh seluruh umat Islam di dunia.

Dengan kekayaan hasil bumi yang dimiliki dan dengan segala potensi yang ada baik dari segi geo politik, geo ekonomi dan geo strategi, BEC mampu membina satu tamadun baru di Kepulauan Nusantara.

Penubuhan BEC adalah satu permulaan baru kepada kebangkitan Islam dari Timur.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: BECBorneoBRICSBruneiEkonomiG7HalalIndonesiaMalaysia
Previous Post

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

Next Post

SULTAN SELANGOR TITAH PEMIMPIN POLITIK HENTI KELUAR FATWA SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

September 19, 2023
BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

September 15, 2023
HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

HUBBUL WATAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 9, 2023
SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

September 5, 2023
PROGRAM TEMU ANWAR ISTIMEWA DI JAKARTA

PROGRAM TEMU ANWAR ISTIMEWA DI JAKARTA

September 3, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In