MALAYSIA, INDONESIA BAKAL JADI PENGELUAR MINYAK SAWIT TERBESAR DUNIA JIKA BEKERJASAMA – JOKOWI

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menggesa Malaysia dan Indonesia selaku negara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, bekerjasama menentang dasar diskriminasi perdagangan Kesatuan Eropah (EU).

Jokowi berkata, dengan bekerjasama Malaysia dan Indonesia akan menjadi pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, lantas memudahkan kedua-dua negara menembusi pasaran dan menguruskan harga. Beliau juga berkata tanpa kerjasama yang kukuh, kedua-dua negara akan berdepan dengan kesukaran dalam mengatasi amalan diskriminasi EU.

Jangan kita lihat Indonesia dan Malaysia bersaing sesama sendiri, kita sama-sama kalah akhirnya. Kita perlu bersatu. Saya yakin kita boleh hadapi dan selesaikan perkara ini jika kita berdiri bersama.” 

Selaku Pengerusi Asean tahun ini, Indonesia bertekad memperjuangkan usaha untuk meyakinkan Kesatuan Eropah bahawa amalan negara mereka mematuhi peraturan baharu yang ketat yang melibatkan isu penebangan hutan.

Sebanyak 16 juta orang di Indonesia bekerja dalam industri kelapa sawit. Indonesia akan terus memperjuangkan ini, kami tidak mahu melihat sebarang amalan diskriminasi,” tambah Jokowi.

Sebagai rekod, komoditi seperti minyak sawit, soya, kopi, koko, kulit, kayu, getah serta daging lembu tidak dibenarkan masuk ke pasaran EU melainkan terbukti bebas penebangan hutan. Indonesia dan Malaysia yang menyumbang kira-kira 80 peratus daripada minyak sawit dunia telah melancarkan kes berasingan dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia, mengatakan langkah tersebut sebagai diskriminasi dan menjadi halangan bagi perdagangan.

Pengeluar minyak sawit lain berkata mereka telah mengambil langkah untuk memenuhi segala syarat ketat EU, termasuk meningkatkan piawaian pensijilan bagi minyak sawit negara mereka serta menambah baik perlindungan alam sekitar dan standard keselamatan makanan. Namun EU tetap bertindak mengenakan sekatan baharu yang menyulitkan banyak negara pengeluar. 

Data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan bahawa pada 2022, Malaysia mengeksport 15.72 juta tan metrik minyak sawit dengan hasil berjumlah RM135 bilion. India, China, China, Turkiye, Belanda, Kenya, Filipina, Pakistan, Jepun, Arab Saudi dan Iran selaku pengimport utama Malaysia, mengumpul sejumlah 9,809,271 tan metrik produk minyak sawit. Ini merupakan 62.4 peratus daripada eksport minyak sawit negara. Negara-negara EU secara keseluruhan mengimport hanya 1,329,352 tan metrik daripada eksport minyak sawit negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan Datuk Seri Fadillah Yusof, selepas bertemu Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto di Jakarta baru-baru ini, berkata Malaysia dan Indonesia telah bersetuju menghantar misi bersama untuk membentangkan fakta saintifik, faedah ekonomi dan amalan terbaik industri kepada Kesatuan Eropah.

Susulan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jokowi, berkata kedua-dua negara bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit, bertujuan untuk meningkatkan pasaran minyak sawit serta memerangi diskriminasi pihak tertentu. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts