MUFTI PERAK TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA MENINGGAL DUNIA ASBAB COVID-19

111
SHARES
358
VIEWS

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dirawat sebelum ini kerana positif Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), meninggal dunia semalam. 

Pemergian allahyarham disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada media.

Allahyarham yang berusia 82 tahun dan isteri, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah disahkan positif Covid-19.

Mafhum hadis iaitu setiap yang hidup pasti akan mati dan menemui Rabb Penciptanya. 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan segala fikir dan pengorbanannya dalam agama diterima olehNYA, In Sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts