YAB PERDANA MENTERI ZIARAH KELUARGA MANGSA NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi sempat menyinggah di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi menziarahi dan menyantuni waris mangsa nahas pesawat yang terhempas semalam di Bandar Elmina, Shah Alam.

Program beliau bersolat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling serta bertemu Syura dan jemaah Tabligh di sana juga terpaksa dibatalkan bagi mendahulukan ziarah keluarga mangsa. Dalam pertemuan tersebut beliau sempat menitipkan takziah kepada keluarga supaya bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian berat ini.

Sewaktu ditemui media, YAB Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa usaha mempercepatkan proses forensik sedang dilakukan sambil dibantu pelbagai pihak terbabit seperti kerajaan negeri dan Majlis Agama Selangor.

Kerajaan juga akan melakukan sedaya upaya dalam membantu meringankan beban keluarga mangsa antaranya keperluan pengurusan jenazah selain bantuan berupa peluang pekerjaan kepada waris mangsa yang terkesan dalam nahas tersebut.

YAB Perdana Menteri juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan kebajikan waris mangsa serta bertungkus-lumus bagi memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan solidariti dan dukungan moral serta emosi kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts