ISU KENDURI DURIAN, RASHID HASNON DIGESA LETAK JAWATAN

171
SHARES
553
VIEWS

Isu video Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menyertai ‘kenduri’ durian yang tular telah menimbulkan kemarahan ramai kerana dibuat bukan sahaja tanpa mengikut SOP tetapi seolah-olah negara tidak berada dalam PKP 3.0 yang sudah beberapa kali dilanjutkan. 

Perkara ini turut dikecam oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil yang menyifatkan beliau sebagai menipu. 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ketua Bahagian PPBM Batu Pahat berkata video kenduri durian yang diambil menunjukkan dia melanggar SOP adalah video lama tahun lepas sebelum PKP.” 

Namun netizen dan ramai orang mengatakan sebaliknya dengan mengemukakan pelbagai bukti, contohnya baju-baju yang dipakai olehnya dan oleh orang sekelilingnya menunjukkan video tersebut dirakam baru-baru ini ketika PKP dan darurat.” 

Saya tidak boleh terima jika seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat melanggar SOP dan menipu berkenaannya.” 

Isham turut menggesa agar beliau meletakkan jawatan kerana perbuatannya itu telah merendahkan jawatan yang disandangnya. 

Pihak berkuasa perlu siasat perkara ini dan ambil tindakan, perlanggaran SOP seperti ini tidak perlu tunggu ada repot polis.” 

Dan Rashid Hasnon perlu letak jawatan jika benar dia langgar SOP dengan berkenduri durian dan menipu berkenaannya di kala rakyat disuruh berkurung di rumah.” 

Sebab perbuatannya ini menjatuhkan kredibiliti jawatan yang disandangnya di dewan yang mulia.”

Perkara ini amat mengejutkan dan bukan kali pertama dilakukan oleh mereka yang berada di dalam kerajaan yang juga digelar sebagai “Kluster Kayangan”. 

Dalam keadaan negara dilanda pandemik sebegini Timbalan Speaker Dewan Rakyat bukan sahaja tidak peka, melanggar undang-undang malah dalam keadaan rakyat mengikut perut, golongan kayangan ini masih boleh pula ‘berkenduri’ makan durian.

Sedangkan rakyat mempamerkan bendera putih kerana tidak cukup makan, tetapi Timbalan Speaker Dewan Rakyat pula boleh berkenduri sakan.

Letak sahajalah jawatan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts