KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA
29 Julai 2021 | 19 Zulhijjah 1442
1. ASTAGFIRULLAH tergamak YAB Perdana Menteri bersama Menteri Undang-undang menghina YDP Agong apabila mengumumkan darurat telah ditamatkan pada 21 Julai 2021. Hari ini DYMM YDP Agong secara terbuka melahirkan rasa dukacita dan amat memalukan rakyat dan negara kerana baginda belum memberi perkenan serta titah baginda mesti dibahas pembatalan di Dewan Rakyat. Hari ini dunia ketawakan Malaysia NEGARAKU. Boleh isytihar 29 Julai 2021 sebagai HARI RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA MALU.
2. PERISTIWA HITAM INI BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH PARLIMEN MALAYSIA SEJAK MERDEKA APABILA KERAJAAN MEMPERLEKEHKAN KETUA DAN PAYUNG NEGARA SERTA ENGKAR KEPADA KELUHURAN UNDANG-UNDANG.
3. TIDAK ADA KATA untuk kita rakyat Malaysia yang TAAT SETIA KEPADA DYMM YDP AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN.
4. MAKA PERDANA MENTERI KE-8 INI WAJIB MELETAKKAN JAWATAN SEGERA. PELETAKAN JAWATAN SEGERA WAJIB DIBUAT SEBELUM RAKYAT BANGKIT DENGAN KATA DUA. Peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri bermakna semua anggota Kabinet terbubar kerana turut bertanggungjawab.
PUTRA bersuara dengan jelas dan tegas kerana menjunjung Keluhuran Undang-undang dan Perlembagaan negara serta bukan kerana politik demi menjunjung MARUAH RAJA DI SINGGAHSANA. RUKUN NEGARA MENJADI PRINSIP AMALAN RAKYAT MALAYSIA.
5. PEGUAM NEGARA turut bertanggungjawab dan sebagai pengamal undang-undang yang arif dengan Perlembagaan negara wajib juga menentukan sikap peranannya dengan betul atau mengundur diri secara terhormat.
6. PUTRA berdoa dan berharap DYMM YDP Agong bersama Raja-raja Melayu akan bertindak sewajarnya dalam mengembalikan institusi dan pemerintahan negara yang beradab, efisien, bersih dan berintegriti.
PUTRA yakin dan merafak sembah akan kebijaksanaan DYMM YDP Agong yang bertakhta di singgahsana dengan penuh DAULAT DAN KESETIAN RAKYAT YANG TIDAK BERBELAH BAGI.
7. IN SYA ALLAH masih ada hari esok untuk rakyat dan negara jika semua kerja dibuat dengan ikhlas, telus dan berintegriti. Walau macamana hebat ancaman Covid-19 menyebabkan ekonomi rakyat dan negara merudum serta berbagai masaalah yang kronik berlaku sekarang akan dapat diselesaikan dengan berkat pertolongan Allah SWT. Hanya perbuatan dan doa dengan hati yang bersih sahaja dimakbulkan Allah, In sya Allah.
DAULAT TUANKU.
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA