1. Jelas dalam perutusan satu hala yang dikelilingi ‘tunggul’ tadi, Mahiaddin telah kehilangan majoriti. Beliau kini cuba berpaut dengan apa saja objek untuk kekal timbul (berkuasa).
2. Maka jadilah tadi seperti ucapan kempen PRU walaupun Parlimen tidak dibubarkan. Macam-macam tawaran dibuat beliau bagi memastikan beliau kekal berkuasa. Ini perangai orang gila kuasa.
3. Tentunya Mahiaddin masih belum ‘cukup’ nombor walaupun ‘jumbo sales‘ dan ‘pesta lelong’ dibuat beliau secara besar-besaran. Maka itu umpan terpaksa dibuat melalui perutusan terbuka secara langsung.
4. Seperti biasa, perkataan rakyat tetap tidak lekang dari mulut Mahiaddin. Konon berjuang untuk rakyat. Akan tetapi di saat air mata rakyat dicekik dengan pelbagai larangan, pemimpin mereka tetap kebal melanggar SOP yang mereka sendiri buat.
5. Di saat rakyat terhimpit dan diuji dengan kesempitan hidup, mereka tetap melantik menteri-menteri yang dimunculkan dari penasihat khas atau ketua pembangkang. Sedikitpun tiada rasa bersalah terhadap rakyat.
6. Pembangkang yang akan termakan umpan Mahiaddin adalah umpama tahi yang di timbul di dalam air. Mahiaddin yang tengah lemas akan berpaut dengan apa saja untuk tidak tenggelam. Pautan Mahiaddin akan menenggelamkan tahi tersebut.
7. Sama juga dengan PAS. Patutlah semalam jumpa Presiden PAS. Adakah ia untuk mohon restu PAS bagi membolehkan DAP kembali dalam gabungan dan menyokong PN? PAS kena jelaskan.
8. Sebelum ini banyak kita dengar tentang perjanjian rahsia PN (PAS komponen PN) dengan DAP. Tetapi masing-masing menepis. Kini dengan tawaran Mahiaddin, perkara semakin jelas. Kita tunggu respons DAP selepas ini.
9. Mahiaddin semakin terdesak. Jika dahulu mereka inilah yang berkata mengapa mahu diselamatkan BN yang sudah mahu karam. Kini tiba giliran mereka pula.
10. Pembangkang dan UMNO patut bertanyakan soalan itu kepada diri sendiri. Mengapa mahu diselamatkan kapal yang gagal serta hampir karam….
Jangan berpaut dengan tahi dan jangan juga termakan umpan tahi…
Paku Warren