MASIH WUJUD GERAKAN SINGKIRKAN ZAHID, TUMBANGKAN KERAJAAN?

353
SHARES
2.1k
VIEWS

SURAT PEMBACA | Jika siasatan ROS mendapati tiada masalah dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan maka apa usaha seterusnya yang akan dilakukan oleh kumpulan yang kecewa tidak dapat membentuk kerajaan?

Walaupun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan jelas telah bertitah semoga Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terakhir sebelum penggal baginda berakhir pada 31 Januari 2024 depan, gerakan untuk menumbangkan kerajaan tetap wujud dan jangan dipandang ringan.

Ini kerana kumpulan ini yang bukan sahaja kemaruk mahu berkuasa, mereka juga mahu mengelakkan sebarang isu rasuah dan salah guna kuasa mereka diketahui rakyat. Mereka juga berkemampuan dan mempunyai modal besar serta menguasai media utama negara, di mana kelebihan yang ada ini memudahkan segala rancangan mereka untuk dilaksanakan.

Cuma ketika ini wujud sedikit ‘gangguan’ apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilihat menjadi penghalang utama untuk gerakan ini mencapai matlamatnya. Tanpa Zahid, sudah lama kumpulan ini menguasai negara dan meneruskan amalan rasuah dan salah laku mereka yang kini sudahpun mula dibongkar satu persatu, sehingga menimbulkan kemarahan dan mewujudkan suasana kucar-kacir dalam kem mereka. 

Maka dengan itu Zahid terlebih dahulu perlu disingkirkan secara dalaman selepas pemilihan UMNO, di mana beberapa jawatan strategik akan diisi oleh beberapa individu yang bersekongkol dengan kumpulan di luar. Walaupun ‘pembersihan’ bagi menyingkir UMNO khianat ini sudahpun dilakukan namun saki-bakinya yang seumpama keladak masih ada. Jika dikocak airnya maka akan muncullah kotorannya ke permukaan.

Justeru Zahid dan UMNO wajar berhati-hati kerana penentangnya dalam UMNO kelak tanpa diduga akan menyingkirkannya, yang bakal diketuai oleh Ahli Parlimen UMNO kaya-raya dan mempunyai pengaruh besar ke atas media utama negara. Apa yang dikhuatiri ialah apabila Zahid berjaya disingkirkan maka tumbanglah kerajaan.

Ketika itu, titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agongpun tidak akan dipedulikan, asalkan matlamat menumbangkan kerajaan dapat dicapai. Usah dipandang ringan sebaliknya tanganilah segera sebelum terlambat. 

Ahli UMNO setia

Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts