ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI KE-9, TUGASAN BERAT MENANTI

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Kemelut politik negara yang dicetuskan oleh Ahli-ahli Parlimen yang tidak mempunyai majoriti untuk memerintah akhirnya tamat, apabila Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah memperkenan untuk melantik Dato’ Sri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri kesembilan.

Beliau menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin yang terpaksa meletakkan jawatan akibat terlanjur mengakui tidak mempunyai cukup majoriti secara terbuka secara langsung yang boleh disaksikan oleh jutaan manusia di seluruh dunia.

Sebelum itu beliau bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya mempunyai cukup sokongan dan Ismail Sabri juga antara salah seorang yang mempertahankan tindakan Mahiaddin sehingga mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO sendiri.

Sungguhpun begitu, hari ini 21 Ogos 2021, Ismail Sabri menerima surat cara lantikan dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah menyimpan rahsia, membuktikan bahawa apa yang berlaku ini telah ditetapkan Allah Taala dan apa yang tidak ditetapkanNYA pasti dan pasti tidak akan berlaku.

Sungguhpun begitu, timbul persoalan di sebalik tuntutan Bersatu ingin menamakan individu seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, di mana adakah Ismail Sabri akan akur dengan syarat tersebut di sebalik nasihat dan penegasan YDP Agong agar tiada syarat dikenakan atas mana-mana sokongan yang diberikan.

Selain itu, wujud juga cadangan Bersatu ingin mengekalkan portfolio Menteri sebelum ini yang terkait dengan kerajaan gagal terutamanya Menteri Bersatu, tetapi diharapkan Ismail Sabri tidak akan berkompromi dengan mereka yang gagal ini. Cukup-cukuplah melantik Ahli Parlimen atau Senator yang hakikatnya tidak tahupun membuat kerja sebaliknya asyik berpolitik mengekalkan kuasa.

Ini kerana dikhuatiri rakyat akan menyamakan beliau dengan kegagalan Perikatan Nasional selama ini dalam menangani pandemik Covid-19, menguruskan ekonomi dan negara serta gagal menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan, sekiranya Ismail Sabri gagal mengemudi negara keluar daripada kemelut yang melanda sejak sekian lama.

Justeru, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT dan bawalah kerajaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan negara ini kembali ke landasannya yang tepat seperti sebelum ini.

Jika tidak, bersedialah dicemuh sebagai kerajaan gagal seperti yang dialami oleh Perikatan Nasional.

Apapun, diucapkan selamat berkhidmat kepada YAB Perdana Menteri kesembilan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts