BUKTI BARU 1MDB, NGO BUAT LAPORAN SPRM

145
SHARES
469
VIEWS

Beberapa wakil NGO akan membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pagi esok berhubung bukti baru isu 1MDB. Difahamkan laporan itu akan melibatkan Menteri Kewangan, Dato Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz dan Hakim Dato Seri Nazlan Ghazali iaitu hakim kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut dijangka dibuat pada pukul 11 pagi dan akan diikuti sidang media ringkas selepas itu. Desas-desus berlegar tentang adanya perkembangan baharu isu 1MDB yang mempunyai signifikan dalam kes melibatkan Najib.

Hakim Mohd Nazlan dikatakan hilang kelayakan sebagai hakim dalam perbicaraan kes Najib berkaitan dana SRC International. Hakim itu sepatutnya menarik diri kerana sebelum ini didakwa memainkan peranan dalam pinjaman 1MDB bagi pemerolehan pengeluar tenaga bebas, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd.

Begitu juga dengan pembabitan Tengku Zafrul yang mempunyai kaitan yang sama dengan Mohd. Nazlan. Malah ada cakap-cakap terdapat salah laku yang membabitkan pengubahan wang haram. Difahamkan, SPRM bersedia menjalankan siasatan untuk merungkai ‘misteri baru’ dalam isu 1MDB sebelum ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts